in , ,

Xiaomi 11T & Xiaomi 11T Pro Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Berharga dari RM1,699.00

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan secara rasminya telefon pintar terbaru mereka iaitu Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro untuk pasaran Malaysia.
 Jom ketahui apakah ciri-ciri yang menarik produk peranti terbaharu ini!


Jika anda masih ingat, minggu lalu Xiaomi telah pun lebih dulu perkenalkan siri Xiaomi 11 untuk pasaran Eropah. Terkini, Xiaomi baru je mengumumkan keluaran terbaru untuk edisi premium mereka iaitu Xiaomi 11T Series! Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T  direka untuk memberi inspirasi dan mencetuskan kreativiti kepada pengguna smartphone! 

Sama sepertimana versi Eropah, Xiaomi 11T ditawarkan dalam 2 varian iaitu 8GB+128GB dan 8GB+256GB.

Bagi varian Xiaomi 11T 8GB+128GB, ia berharga RM1,699.00. Varian Xiaomi 11T 8GB+256GB pula berharga RM1,899.00.

Bagi model Xiaomi 11T Pro untuk pasaran Malaysia, sebanyak 2 varian ditawarkan iaitu varian 8GB+256GB yang berharga RM2,099.00. Manakala bagi varian Xiaomi 11T Pro 12GB+256GB pula, ia berharga RM2,299.00.

Xiaomi 11T & Xiaomi 11T Pro Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Berharga dari RM1,699.00

Xiaomi 11T Pro, ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5000mAh serta menyokong pengecas hyper 120W. Manakala Xiaomi 11T dilengkapi pengecas pantas 67W.

Siri Xiaomi 11T turut dilengkapi dengan paparan AMOLED bersaiz 6.67 inci dengan kadar segar 120Hz.

Terdapat 2 cip pemprosesan berbeza digunakan pada Siri Xiaomi 11T. Bagi Xiaomi 11T Pro, ia dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 888. Sementara Xiaomi 11T pula dikuasakan oleh cip Mediatek Dimensity 1200-Ultra.

Dengan pro-grade 108MP wide angle, 2x telemacro dan 120° ultra wide angle lens ni, macam-macam korang boleh buat. Tak payah nak susah-susah tukar-tukar lens. Hanya satu sentuh dah boleh ambik gambar atau video.

Bukan tu je, ada juga fungsi AI Cinema mode, 8K recording dan HDR10+! Yang tahu tu tahu lah, tapi kalau tak tahu, semua teknologi ni sama dengan teknologi smart ISO dalam kamera digital tu!

Paling best, selfie pun ada night mode AI teknologi juga. Lebih mudah nak buat Vlog lepas ni. Kadar sentuhannya juga tinggi, sehingga 480Hz!

Xiaomi 11T & Xiaomi 11T Pro Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Berharga dari RM1,699.00

Smartphone ni dah macam kamera digital! Senang bila-bila korang nampak benda best, korang keluarkan je handphone dan terus boleh shoot!

Pra tempah Siri Xiaomi 11T sudah dibuka bermula 23 hingga 29 September 2021. Pengguna yang membuat pra tempah Siri Xiaomi 11T, Xiaomi Malaysia menawarkan hadiah percuma bernilai RM688.00.

Hadiah percuma itu termasuklah jam pintar Mi Watch Lite, fon telinga Mi True Wireless Earphones 2 Basic, Baik pulih percuma skrin dalam tempoh 6 bulan dan 1 tahun jaminan terhad peranti.

Pra tempah Siri Xiaomi 11T boleh dibuat menerusi Xiaomi Store, Lazada dan Shopee.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

iQiyi Sebarkan Cinta Terhadap Hallyu Dengan 9 buah K-Drama & Filem Hebat

Filem SERIGALA LANGIT Ditayangkan di Astro First Mulai 25 September 2021