in , ,

Filem SERIGALA LANGIT Ditayangkan di Astro First Mulai 25 September 2021

Horizon Film Entertainment membawakan kepada anda, sebuah filem aksi drama Indonesia bertajuk Serigala Langit, akan tayang di pawagam rumah anda Astro First bermula pada 25 September 2021. 

Filem Serigala Langit Ditayangkan Di Astro First Mulai 25 September 2021

Serigala Langit adalah sebuah filem arahan REKA WIJAYA hasil kerjasama Emotion Entertainment dan TNI AU (Tentara Nasional Indonesia Angkata Udara). 

Filem aksi drama ini mengisahkan Gading Baskara, seorang juruterbang udara di Skuad 10-Serigala Langit. Dia merupakan seorang pelajar terbaik di Akademi Angkatan Udara. Sebagai seorang pelajar terbaik, dia mula menjadi sombong dan sering menganggap remeh setiap tugasan yang diberikan oleh atasannya. Akan tetapi, di sebalik kesombongannya, dia menyimpan satu rahsia.

Filem ini dibintangi oleh Deva Mahenra, Bunga Jelitha, Anya Geraldine, Randy Pangalila, Yoshi Sudarso, Donny Damara, Dede Yusuf, Wanda Hamidah, Sekar dan Prabu Revolusi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

2Bic Solo | 22

Xiaomi 11T & Xiaomi 11T Pro Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Berharga dari RM1,699.00

Tony Fernandes Airasia 2020 | 23

Penerbangan Percuma untuk Semua Pemegang Pas Tanpa Had AirAsia