in , ,

iQiyi Sebarkan Cinta Terhadap Hallyu Dengan 9 buah K-Drama & Filem Hebat

Gianna Jun, Ju Ji-hoon, Lee Dong-wook dan bintang-bintang pujaan ramai yang lain bakal ditampilkan di dalam tawaran program terkini iQiyi.

Musim Hallyu iQiyi yang dipenuhi oleh bintang-bintang popular kini telah tiba! Peneraju penstriman hiburan Asia ini telah menyediakan pilihan K-drama bersiri dan filem-filem hebat bagi suku tahun yang terakhir ini. Mulai bulan September, iQiyi membawakan K-drama bersiri seperti Jirisan, Bad and Crazy, IDOL: The Coup, Yumi’s Cells, Let Me Be Your Night, The Man’s Voice, Melancholía, dan Royal Secret Inspector Joy. Filem-filem Korea yang bakal bersiaran juga termasuk Midnight dan Shark: The Beginning. Di samping itu juga, program realiti popular Girls Planet 999 akan sampai ke kemuncaknya di bulan Oktober, yang mana 9 peserta akan membuat penampilan sulung sebagai sebuah kumpulan nyanyian wanita yang baharu. Para penonton dari seluruh dunia boleh menonton program-program K-show ini melalui aplikasi iQiyi International atau di iQ.com.

Musim drama Korea telah dimulakan dengan Yumi’s Cells, yang kini sedang distrimkan di iQiyi. Siri drama pemenang anugerah filem Blue Dragon ini berkisar tentang kehidupan seorang pekerja pejabat berumur 30-an, Yumi (Kim Go-eun) yang penceritaannya diolah dari perspektif sel-sel otaknya. Apabila dia bertemu dengan seorang pencipta permainan video (lakonan Ahn Bo-hyun), Yumi mula memikirkan tentang cinta. Saksikan penampilan istimewa oleh Park Jin Young dari GOT7 dan Choi Min-ho dari SHINee.

iQiyi Kini Disiarkan Secara Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

K-Series asli Qiyi yang dinanti-nantikan, Jirisan dibintangi oleh Gianna Jun dan Ju Ji-hoon, dan dicipta oleh pengarah Lee Eung-bok (Descendants of The Sun, Guardian: The Lonely and Great God) dan penulis skrip Kim Eun-hee (Signal, Kingdom). Jun dan Ju memegang watak sebagai renjer taman negara, dan mereka berganding tenaga dengan Sung Dong-il, Oh Jung-se, dan Go Min-si untuk melindungi Gunung Jiri. Ujian-ujian dari alam semulajadi yang dihadapi oleh renjer-renjer ini bakal didedahkan pada 23 Oktober nanti. 

Dengan penampilan seorang pembawa utusan dari alam barzakh, seorang pembunuh bersiri dan seekor musang berekor sembilan, Bad and Crazy menjanjikan sebuah kisah yang menggemparkan bagi semua penonton. Siri ini menggandingkan dua watak yang bertentangan iaitu “penjahat” yang berkebolehan (Lee Dong-wook) dan orang “baik” yang gila (Wi Ha-jun). Dicipta oleh kumpulan yang menjayakan The Uncanny Counter, Bad and Crazy bakal menampilkan visual yang mengujakan, berkualiti tinggi seperti filem dan bakal ditayangkan dalam bulan Disember kelak.

Di samping Bad and Crazy, pelakon yang semakin meningkat naik, Wi Ha-jun juga memegang watak sebagai seorang pembunuh bersiri yang mensasarkan seorang gadis pekak (Jin Ki-joo) di dalam filem ngeri Midnight. Umpama aksi berkejaran di antara kucing dan tikus, kisah pemburuan di antara pembunuh dan mangsanya pastinya membuatkan penonton tidak senang duduk. Filem ini juga menampilkan sebuah babak tegang insiden rampasan yang telah diinspirasikan dari peristiwa sebenar di Korea dalam tahun 2013. 

Dalam siri IDOL: The Coup, Kwak Si-yang memegang watak seorang pemilik syarikat hiburan yang mana kumpulan idola wanita naungannya gagal menempa nama selepas enam tahun berada di dalam industri. Dalam keadaan yang hampir dibuang kerja, ketua kumpulan tersebut (Ahn Hee-yeon, juga dikenali sebagai Hani dari kumpulan idola wanita EXID) berusaha untuk mencari kejayaan dan menyelamatkan kumpulan tersebut. 

Let Me Be Your Night membawakan kisah seorang penyanyi utama kumpulan idola (lakonan Lee Jun-young dari U-KISS) yang cuba merawat masalah berjalan ketika tidur dengan bantuan pakar kesihatan (lakonan Jung In-sun). Siri ini juga menampilkan idola-idola terkini seperti Kim Jong-hyun dari NU’EST, Yoon Ji-sung dari Wanna One, dan Kim Dong-hyun dari AB6IX.

Penyanyi rap Ok Taec-yeon membintangi drama sejarah pertamanya dalam Royal Secret Inspector Joy, bersama pelakon wanita yang semakin meningkat naik Kim Hye-yoon. Siri komedi ini mengisahkan pengembaraan seorang pemuda yang dijadikan penyiasat diraja dengan tidak sengaja dan seorang wanita yang ingin bercerai, dalam melaksanakan misi mereka.

Dalam Melancholía, Lim Soo-jung dan Lee Do-hyeon telah menjalinkan hubungan cinta terlarang di kampus, dan mereka menerima kecaman daripada masyarakat kerana jurang umur di antara mereka adalah 16 tahun. Sementara itu, The Man’s Voice menampilkan kisah cinta fantasi, yang berkisar di antara pegawai penerbangan (lakonan Choi Tae-joon) dan penjaga kucingnya – seorang wanita yang boleh berkomunikasi dengan kucing setelah dia disambar petir (lakonan Song Ji-eun). 

Yumi’s Cells

Komedi romantik

Diadaptasikan dari kartun internet popular dengan tajuk sama yang telah mencapai 3.2 bilion tontonan. Selepas putus cinta, “sel-sel cinta” di dalam tubuh seorang pekerja pejabat Yumi (Kim Go-eun) telah mengalami koma, sehinggalah dia bertemu dengan pemuda-pemuda yang tampan. Ahn Bo-hyun (Itaewon Class) memegang teraju utama Koo Woong, sementara Park Jin Young dari GOT7 memegang watak teman lelaki kedua Yumi, Ba-bi. Choi Min-ho dari kumpulan SHINee membuat penampilan istimewa sebagai rakan sekerja Yumi.

Jirisan 

Suspens & malapetaka

Mengisahkan Gang Hyeon-jo (Ju Ji-hoon), seorang renjer muda di sebuah taman negara yang dapat melihat bayangan misteri setelah mengalami kecederaan ketika bertugas. Rupa-rupanya apa yang dapat dilihatnya merupakan roh-roh yang terkorban di Gunung Jiri. Bersama seorang renjer yang berpengalaman, Seo Yi-gang (Jun Ji-hyun/ Gianna Jun), mereka cuba membongkar rahsia yang tersembunyi di Gunung Jiri.

Bad and Crazy

Aksi

Seorang penyelia korup, Su-Yeol (Lee Dong-wook) yang hanya mengejar kenaikan pangkat telah ditugaskan untuk membanteras rasuah di dalam pasukan polis. Dia bertemu dengan seorang individu gila bernama “K “(Wi Ha-jun) yang bercita-cita untuk menjadi seorang wira.

IDOL: The Coup

Remaja

Sebuah kumpulan idola yang diketuai oleh Kim Je-na (Ahn Hee-yeon) masih belum dikenali ramai walaupun telah berkecimpung dalam dunia seni selama enam tahun. Bakal dibuang kerja, mereka terpaksa berusaha untuk mendapatkan kejayaan bagi mengekalkan kumpulan tersebut.

Let Me Be Your Night

Komedi romantik

Penyanyi utama dan penerbit (Lee Jun-young) kumpulan idola LUNA mengalami masalah berjalan ketika tidur. Dia mendapatkan bantuan seorang pakar perubatan (Jung In-sun) untuk tinggal bersama dan merawat dirinya.

The Man’s Voice

Komedi romantik

Seorang pekerja separuh masa di sebuah kedai serbaneka (Song Ji-eun) tiba-tiba boleh memahami ngiauan kucing setelah disambar petir. Sebuah percintaan penuh fantasi mula berputik apabila seorang pegawai penerbangan yang tampan (Choi Tae-joon) datang meminta pertolongannya untuk menjaga kucing pegawai tersebut.

Royal Secret Inspector Joy

Komedi sejarah

Seorang pakar makanan muda dan kaya dari dinasti Joseon (Ok Taec-yeon) dengan tidak sengaja telah menjadi seorang penyiasat rahsia diraja. Dia telah bekerjasama dengan seorang wanita yang ingin bercerai (Kim Hye-yoon) dalam melaksanakan misinya.

Melancholia

Cinta terlarang

Di sebuah sekolah tinggi persendirian, seorang guru Matematik (Lim Soo-jung) dan seorang pelajar pintar (Lee Do-hyeon) memecahkan tradisi dan memulakan sebuah percintaan yang indah tetapi terlarang.

Filem-filem Korea

Midnight

Thriller/Ngeri

Seorang kaunselor bahasa isyarat yang cacat pendengaran (Jin Ki-joo) menjadi sasaran berikut seorang pembunuh bersiri psikotik (Wi Ha-jun) selepas dia menolong seorang wanita yang mengalami kecederaan berat (Kim Hye-yoon) semasa dalam perjalanan ke rumah. Dapatkah dia melindungi dirinya sedangkan dia tidak dapat mendengar pembunuh mendekatinya?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelawak Terkenal & Rakan Kemalangan, Langgar Penghantar Makanan

Xiaomi 11T & Xiaomi 11T Pro Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Berharga dari RM1,699.00