in , ,

“Would You Be My Protege?” Persembahan Qiem Churros Menambat Hati Misha Omar

Itulah pertanyaan Juri Tetap Misha Omar yang dilontarkan kepada Rookie yang juga penyandang Rookie Star Award ketiga Vokal Mania, Qiem Churros.

Qiem Churros telah menyampaikan lagu nyanyian asal Syamel, ‘Lebih Sempurna’ secara solo dan ‘Lagu Untukmu’ untuk persembahan ‘battle’ bersama Lan Solo. Sungguhpun Qiem Churros tewas ditangan Lan Solo, malam itu, Qiem tetap menambat hati Misha Omar.

Apabila ditemu bual di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Misha Omar menjelaskan bahawa Qiem Churros serba sedikit mengingatkannya ketika zaman permulaan kariernya sebagai seorang penyanyi. Misha Omar turut berpesan kepada Rookie lain, “Apa yang menjadikan seseorang penyanyi itu, adalah sifat kesederhanaan kerana seseorang penyanyi itu akan kelihatan ‘gagal’ apabila dia menyampaikan sesuatu dengan terlalu ekstrim. Qiem Churros malam ini membawa dirinya dengan sangat sederhana, termasuklah persembahan yang sederhana, busana yang sederhana, dia tidak pergi ke tahap ekstrim.”

Qiem Churros Menambat Hati Misha Omar

Selain itu, minggu ketiga ini merupakan satu lagi kemenangan mutlak bagi #teamIdol dimana kesemua idol dapat menewaskan Rookie yang mencabar mereka. Walau bagaimanapun, dua Rookies, Hakeemzamall dan Nursyafiqnasser telah memberikan persaingan sengit kepada Idol mereka sehingga menyukarkan Yusry dan Misha Omar untuk membuat keputusan. Namun, kecaman minggu ketiga ini menimpa Aufahanie yang mengalami ‘stage fright’ sehingga digelar ‘Nuha 2.0’ oleh para netizen di Twitter.

Qiem Churros Menambat Hati Misha Omar

Berikut adalah senarai persembahan konsert tersebut:

PenyanyiStatusLaguPemenang
Nursyafiqnasser RookieNirmalaTomok
TomokIdolBangun
Nursyafiqnasser VS TomokRookie VS IdolKopi Dangdut
Qiem ChurrosRookieLebih SempurnaLan Solo
Lan SoloIdolFanatik
Qiem Churros VS Lan SoloRookie VS IdolLagu Untukmu
AufahanieRookieGundahIndah Ruhaila
Indah RuhailaIdolPercayalah
Aufahanie VS Indah RuhailaRookie VS IdolSemua Jadi Satu
HakeemzamallRookieKaulah SegalanyaAina Abdul
Aina AbdulIdolJeritan Batinku
Hakeemzamall VS Aina AbdulRookie VS IdolIf I Aint Got You

Ulangan konsert minggu kedua Vokal Mania boleh ditonton di YouTube TV3Malaysia: 

Format program ini sedikit berbeza dengan program realiti lain kerana 24 orang penyanyi amatur (Rookie) akan bertanding dengan empat orang penyanyi profesional (Idol) dan berpengalaman. Setiap persembahan penyanyi (profesional dan amatur) akan dinilai 100% oleh Misha Omar dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap. Walau bagaimanapun, penonton di rumah boleh mengundi Rookieuntuk anugerah ‘Rookie Star Award’ dalam setiap episod melalui www.xtra.com.my/vokalmania. Peratusan undian Rookie Star Award adalah 70% daripada undian awam, dan 30% daripada penilaian juri tetap. 

Kesemua Rookie ini akan dibahagikan kepada enam episod di mana setiap episod akan memperlihatkan seramai empat orang Rookie membuat persembahan dan berentap dengan keempat-empat Idol secara solo dan duet demi mengumpul mata. Hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 menanti setiap Rookie yang berjaya menewaskan Idol masing-masing dalam setiap pertarungan. Pada pentas akhir nanti, hanya 1 Idol dan 1 Rookie akan dinobatkan sebagai juara bagi kategori masing-masing dan menangi wang tunai dari hadiah terkumpul bernilai RM80,000.

Program ini turut mendapat sokongan penaja bersama Mamee London Roll, “Enak di makan, mudah dinikmati setiap masa”dan Domino’s Pizza, “Aneka pilihan untuk semua” serta rakan-rakan media digital OhBulan!, xtra.com.my dan Senang Terhibur, juga rakan radio Hot FM.

Nantikan minggu keempat Vokal Mania di kaca televisyen anda pada 14 November nanti. Siapakah Idol yang yang akan dicabar oleh Danial Chuer, Aedy Kama, Fatin Afeefa & Nisha Haque? Saksikan Vokal Mania setiap hari Sabtu, pada pukul 9 malam, di TV3! Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3Malaysia dan tonton.com.my. Layari www.xtra.com.my/vokalmania dan laman media sosial TV3Malaysia untuk info lanjut. Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan #vokalmania.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suhaimi Saad Alami Sakit Mata Kronik Kerana Buatan Orang, Ini Pandangan Netizen

Sharifah Shahira Terkejut Helikopter Terhempas Dekat Rumah