in , ,

Suhaimi Saad Alami Sakit Mata Kronik Kerana Buatan Orang, Ini Pandangan Netizen

Sudah lama rasanya tak dengar cerita tentang penyanyi nasyid Suhaimi Saad yang dahulunya sering mencetuskan kontroversi tentang pendapatnya mengenai anti vaksin dan dakwaan bumi berbentuk rata.

Sejak setahun lalu, bekas anggota INTEAM iaitu Suhaimi Saad dikatakan mengalami masalah sakit mata yang kronik dan disebabkan itu dia terpaksa merujuk perkara itu kepada pihak hospital. Namun selepas berjumpa dengan beberapa pakar perubatan Islam, dia diberitahu bahawa kemungkinan dia mengalami gangguan ilmu hitam.

Suhaimi Saad Alami Sakit Mata

Sebelum ini nama Suhaimi Saad agak terkenal kerana telah mencetuskan kontroversi apabila dia mengeluarkan pendapat peribadinya mengenai anti vaksin serta dakwaan bumi berbentuk rata.

Suhaimi Saad Alami Sakit Mata

Menurut siaran Instagram live miliknya memberitahu bahawa laporan kesihatan yang diberikan oleh pihak hospital pastinya akan mengambil fakta daripada segi saintifik sahaja dan jika melalui rawatan Islam, kemungkinan apa yang terjadi kepadanya ada kaitan dengan unsur berkenaan.

Suhaimi Saad Alami Sakit Mata

Terbaru, bekas ahli kumpulan InTeam itu dikhabarkan menghidap sakit mata yang kronik sejak setahun lalu. Suhaimi kini banyak bergantung dengan isterinya, Ina Naim dan terpaksa berjalan menggunakan tongkat.

Disebabkan itu dia masih lagi dalam usaha ikhtiar secara fizikal dan rohani serta akui turut percaya dengan ubat-ubatan.

Menurut Suhaimi, dia tidak menolak kemungkinan sakit mata yang dialami itu terkena gangguan sihir. Katanya, dia sudah merujuk dengan ustaz serta rawatan Islam dan percaya bahawa kesakitannya itu ada kaitan dengan buatan orang.

Suhaimi Saad Alami Sakit Mata

“Kalau berjumpa doktor, mereka akan membuat imbasan berdasarkan fakta saintifik. Apabila saya merujuk ustaz dan perawat, memang ada kemungkinan berkaitan dengan unsur-unsur itu.

“Allahualam. Saya percaya dengan ilmu sihir dan santau tapi saya juga berikhtiar menjalani rawatan secara fizikal dan rohani. Saya juga percaya pada ubat-ubatan,”

– Suhaimi Saad

Dalam pada itu, Suhaimi menafikan kononnya dia mendedahkan penyakitnya itu untuk menagih simpati. Ujarnya, mungkin sakit mata yang dialami itu adalah satu cara Allah supaya dia tidak berbuat dosa melihat perkara tidak elok.

“Mata saya tiada katarak dan tiada selaput. Mungkin masalah dalaman. Allah nak bataskan penglihatan supaya saya tak buat dosa mata dan tengok benda tak elok.

“Saya reda kalau disembuhkan atau tidak sebab saya sudah terbiasa dengan keadaan ini. Banyak hikmahnya apabila mata saya tak nampak. Saya tak mengata orang dan tak berfikiran negatif,”

– Suhaimi Saad

Dia memaklumkan bahawa penglihatannya sudah mulai kabur, kelabu serta silau sehingga membataskan pergerakan hariannya.

Oleh itu, isterinya iaitu Ina Naim kini menjadi mata keduanya bagi membantu dia melakukan aktiviti harian di rumah atau di luar.

Selepas berita tentang keadaannya ini mendapat liputan, netizen mula memberi komen peribadi mereka.

Ada yang beranggapan Suhaimi perlu segera mendapatkan rawatan di hospital jika tidak mahu keadaan dirinya bertambah melarat di kemudian hari.

Suhaimi Saad Alami Sakit Mata
Suhaimi Saad Alami Sakit Mata
Suhaimi Saad Alami Sakit Mata
Suhaimi Saad Alami Sakit Mata
Suhaimi Saad Alami Sakit Mata

Mereka juga menasihatkan Suhaimi untuk ‘serah diri’ dan mula menerima rawatan daripada pakar.

Suhaimi memberitahu dia pernah mencuba untuk mendapatkan rawatan lasik namun terpaksa menangguhkan hasrat itu kerana kos yang terlalu tinggi iaitu mencecah RM8,000 hingga RM12,000.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Travelog BUKU TRAVEL Kongsi Lokasi Menarik Untuk Aktiviti Kembara di Asia Tenggara

“Would You Be My Protege?” Persembahan Qiem Churros Menambat Hati Misha Omar