in , ,

Sharifah Shahira Terkejut Helikopter Terhempas Dekat Rumah

PENYAMPAI radio Suria FM, Sharifah Shahira berdepan detik menakutkan apabila terdengar bunyi dentuman kuat berdekatan kawasan rumahnya pada pagi Ahad.

Penyampai radio dan pengacara Sharifah Shahirah akui terkejut selepas mendengar letupan seakan bunyi bom di kawasan perumahannya di Taman Melawati, Ampang, sekitar pukul 12 tengahari tadi.

Menurut Shahira atau lebih mesra disapa Shiera, semasa kejadian dia berada di dalam bilik dan bergegas keluar mencari punca bunyi tersebut.

Sehinggalah dia menerima maklumat bunyi itu akibat kejadian helikopter terhempas berdekatan kawasan kediamannya.

Sharifah Shahira Terkejut Helikopter Terhempas Dekat Rumah

“Lokasi kemalangan helikopter itu memang dekat dengan rumah saya… semasa kejadian saya berada dalam bilik sedang bersiap.

“Apabila dengar bunyi kuat itu terkejutlah juga sebab rumah kami kawasan berbukit, takut pula kalau tanah runtuh ke apa!

“Lagi risau apabila sekarang ni musim hujan, bila dengar bunyi kuat macam itu, memang risau… rupa-rupanya diberitahu ada helikopter terhempas.

“Sekarang ini jalan depan rumah pun tengah sesak teruk mungkin kerana orang ramai nak pergi ke lokasi kemalangan, ”

– Sharifah Shahira

Pada pagi Ahad, dua buah helikopter bertembung dan terhempas di kawasan berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati, Ampang, Kuala Lumpur.

Susulan itu media tempatan melaporkan sebuah helikopter terhempas di kawasan padang berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati, Ampang.

Dua dilaporkan maut dalam nahas berkenaan yang dipercayai berlaku pada pukul 11 pagi itu.

Laporan awal menyatakan terdapat empat mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan di mana dua didapati tidak sedarkan diri.

What do you think?

74 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

“Would You Be My Protege?” Persembahan Qiem Churros Menambat Hati Misha Omar

Dentuman Kuat, Pertembungan Di Udara Akibatkan Helikopter Terhempas Di Taman Melawati