in , ,

Webseries PUBG Allstars Raih Jumlah Penonton Membanggakan Setiap Minggu

Kelainan yang dibawakan webseries PUBG ALLSTARS menyaksikan dua episod pertamanya, meraih jumlah tontonan yang cukup membanggakan, meskipun ketika ini saluran digital diseluruh dunia, memberi keutamaan pada laporan status terkini wabak pandemik COVID-19.

Episod pertama PUBG ALLSTARS yang ditayangkan menerusi saluran YouTube rasmi Todak TV pada 3 Mac yang lalu, meraih 305,000 penonton. Manakala minggu ke-2 sebanyak 205,000 jumlah tontonan dan 100,000 penonton untuk tempoh kurang 24 jam pada Jumaat lepas.

Tanpa publisiti meluas mahupun pembabitan pelakon profesional, pencapaian ini amat membanggakan, kerana PUBG ALLSTARS merupakan drama webseries juga ‘original series’ terbitan TODAK TV yang mengketengahkan genre ‘gaming’ di dalam kehidupan realiti.

poster pubg allstars FULL LINE UP for socmed

Produser PUBG ALLSTARS, Mohd Ikmal Fareeq (Fareeq), berkata, pihaknya berasa terharu dengan sambutan yang diberikan peminat PUBG dan pengguna YouTube.

“Saya percaya sambutan hangat PUBG ALLSTARS, sokongan datang dari kelompok penggemar sukan elektronik (E-Sukan) PUBG, pangguna YouTube termasuk pengikut serta peminat tegar Youtuber terkenal yang merupakan bintang utama juga penggerak jalan cerita ini.

“Mungkin juga ramai yang berminat menonton PUBG ALLSTARS ini kerana genre seumpama ini belum pernah disaksikan dalam mana-mana drama atau filem. Ia merupakan idea asal yang dibangunkan pihak TODAK TV sendiri.

“Kami amat berbangga pada episod pertamanya, kurang dari 48 jam rancangan ini telah ditonton lebih 100,000 pelayar YouTube,”

– Mohd Ikmal Fareeq

Tambahnya lagi, webseries sebanyak 5 episod yang ditayangkan setiap Jumaat, jam 9 malam itu masih berbaki dua episod. Malah, berharap jumlah akan terus meningkat untuk episod seterusnya.

Memilih permainan PlayerUnknown’s Battleground Mobile (PUBG Mobile), sebagai teras cerita, TODAK TV telah mengkaji demografik permainan video ini yang kemudiannya diangkat sebagai E-sukan melalui penganjuran Kejohanan Kebangsaan Mudah alih PUBG Mobile (PMNC) yang menawarkan ganjaran lumayan.

Menyedari komuniti PUBG cukup besar bahkan di seluruh dunia, TODAK TV berasa tertarik untuk menterjemahkannya dalam kehidupan realiti.

“Webseries ini sebagai satu lagi kelainan yang dibawakan TODAK, seiring reputasi kami sebagai sebuah produksi yang sentiasa menghasilkan program-program kreatif, sekaligus dedikasi TODAK terhadap E-sukan selama ini.

“Menerusi aplikasi permainan PUBG, boleh di lihat setiap pasukan mempunyai ragam tersendiri dan perancangan strategi masing-masing yang belum tentu membawa kemenangan kepada mereka.

“Bersesuaian dengan kandungan program ini, kami tidak menggunakan pelakon komersil atau wajah popular sebagai tarikan, sebaliknya mengketengahkan individu yang sangat dekat dengan E-Sukan ini.

“Mereka ini juga merupakan selebriti media sosial dan YouTube yang sangat terkenal dan berpengaruh di Malaysia, mempunyai jumlah pengikut yang sangat ramai,”

– Mohd Ikmal Fareeq

YouTuber yang membintangi webseries ini, antaranya Zuikee, Alieff Irfan, Kokom, Nasz Kenyang dan Inderawasih. Manakala pelakon tambahan terdiri daripada pasukan MTAS, Rosenicotine dan ramai lagi.

poster pubg allstars FULL LINE UP for socmed

Kenali pasukan PUBG ALLSTARS.

  1. Team Noob
    Ciri khas/ Keunikan:
  • Kalah sentiasa itu visi dan misi kami
  • Strategi yang kurang mengena dan selalu lari daripada fokus
  • Suka pakaian yang cantik dalam PUBG
  1. Team Cocombees
    Ciri khas/Keunikan:
  • Misi kekalahan selalunya datang daripada Aziz
  • Mmepunyai rakan yang pentingkan diri dalam team akan menyumbangkan kekalahan
  • Tapi masih bersahabat. (team menerima kelebihan dan kekurangan rakan)
  1. Team Elite
    Ciri khas/Keunikan:
  • Penampilan 1st! Chicken Dinner no. 2! dan Sentiasa Lagg
  • – Senario yang selalu berlaku. Tengah main game mesti ada yang lagg.
  • “Kadang-kadang yang menjatuhkan kita tanpa kita sedari adalah diri kita sendiri”
  1. Team Zukie
    Ciri khas/Identiti
  • Senyap, tapi menyengat
  • Kena pandai atur strategi
  • Ketua harus berani untuk tukar strategi bila perlu.
  1. Team Pro
    Ciri khas/Identiti
  • Sebuah pasukan yang tiada belas kasihan, Kill for fun.
  • Kadang-kadang riak akan memakan diri.
  • “Orang yang noob saja mati kena langgar kereta”.
  • – Team padu yang sokong satu sama lain
  1. Hacker
    Ciri khas/Identiti
  • Intention Unknown
  • Mysterious
Poster PUBG allstars INDERAWASIH

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jualan Fingo Melonjak 200 Peratus Semasa Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan

Dr Noor Hisham Terkejut Dirai Media Sempena Hari Lahir