in ,

Dr Noor Hisham Terkejut Dirai Media Sempena Hari Lahir

SIDANG media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa sedikit berbeza dan istimewa apabila Ketua Pengarah, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah diberi kejutan sempena hari lahirnya yang ke-57.

Kejutan itu dibuat oleh pengamal media yang hadir sejurus berakhirnya acara itu sekitar 6.20 petang di pintu masuk Dewan Serbaguna Aras 8, bangunan kementerian itu di Putrajaya.

“KP terkejut dengan sambutan untuk meraikannya, dia senyum je,”

Malahan, pegawai berkenaan juga mengakui Dr Noor Hisham kehilangan berat badan sepanjang tempoh mengetuai usaha untuk membendung wabak berbahaya ini.

Dalam video yang dikongsi, Dr Noor Hisham kelihatan tersenyum sambil menerima kek yang disampaikan oleh pengamal media di situ.

Selain kek dan buah-buahan, Dr Noor Hisham turut diberikan beberapa kad ucapan sempena hari istimewa itu yang disusun rapi di satu sudut di dewan berkenaan.

Sebelum itu, dalam sidang media yang sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas segala ucapan yang disampaikan kepadanya hari ini.

“Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengucapkan selamat hari lahir kepada saya.

“Sama-sama mantapkan tindakan kita untuk pastikan dapat capai sasaran menurunkan kes,”

Terdahulu pada Selasa pagi, kata kunci #HappyBirthdayDGHisham turut menjadi trending di laman Twitter.

Malah, figura kesayangan ramai yang dilahirkan di Sepang, Selangor itu turut dihujani dengan ribuan ucapan tahniah atas ulang tahun berkenaan di media sosial. – mStar Online

What do you think?

738 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Webseries PUBG Allstars Raih Jumlah Penonton Membanggakan Setiap Minggu

Faizal Tahir & Zee Avi Antara 12 Artis Tempatan Jayakan Video Muzik MAKE IT THROUGH