in ,

OMG!OMG! SEDIHSEDIH

Wawa Zainal Pernah Bertunang Sebelum Nikah Aeril Zafrel

Terkejut Budiey bila baca pendedahan eksklusif dari BPop Berita Harian pada hari ini. Wawa didakwa berkahwin dengan Aeril tanpa memutuskan pertunangannya dengan seorang guru dari Lahad Datu, Sabah bernama Abdul Rashid. Budiey pun sebenarnya tak sangka episod pernikahan rahsia dan melahirkan anak yang menghimpit Wawa Zainal dan Aeril Zafrel belum habis setakat itu. Nampaknya, banyak lagi isu lain yang timbul. Sangat efisien kerja-kerja kewartawanan dari Team Berita Harian. Syabas diucapkan.

Menurut BPop, Wawa Zainal sebenarnya sudah bertunang sebelum bergelar pelakon popular. Wawa didakwa bertunang dengan jejaka yang berasal dari Lahad Datu, Sabah iaitu Abdul Rashid @ Johari Hambali pada Jun, 2010 selepas beberapa bulan menandatangani kontrak sebagai artis MIG Talents. Ketika itu, Wawa Zainal belum terbabit dengan mana-mana projek filem.

Gambar Tunang Wawa Zainal

Menurut bekas tunang Wawa, dia bertunang dengan Wawa atas desakan keluarga Wawa. Majlis tunang Wawa dan Rashid berlangsung di Lahad Datu yang dibuat antara keluarga sahaja. Sementara mereka berdua berada di KL pada masa itu. Pertunangan mereka hanya diketahui ahli keluarga Wawa dan Abdul Rashid saja. Orang luar tak tahu pasal perkara ini.

Dikatakan kisah pertunangan Wawa dan Abdul Rashid mula tersebar di internet dipercayai disebarkan anggota keluarga mereka apabila cerita Wawa dan Aeril bernikah dan mempunyai anak yang didedahkan di akhbar minggu lalu.

Tunang Wawa Zainal Buka Mulut

[dropcap]M[/dropcap]enurut BPop, bekas tunang Wawa Zainal yang kini bergelar guru di sebuah sekolah rendah di Tawau, Sabah itu enggan membuka rahsia peribadinya bersama Wawa. Beliau tahu berita Wawa dan Aeril berkahwin pada Selasa lalu selepas mendapat tahu tapi beliau tak pedulikan pasal berita itu sehinggalah Wawa Zainal sendiri yang menghubungi Wawa pada pagi Rabu lalu. Ternyata, bekas tunang Wawa sangat terkejut.

“Sebenarnya, tujuan Wawa menghubungi saya kerana mahu meminta saya memberitahu adik perempuan saya supaya berhenti menyebarkan cerita yang pernah berlaku antara kami di internet. Wawa menangis ketika itu. Wawa pernah menumpang di rumah adik saya di Cheras ketika mula menjejak kaki di Kuala Lumpur.”

Pengakuan Wawa, Berkahwin Dengan Aeril Tak Pulang Cincin Tunang

“Saya tanya dia, adakah betul dia dah kahwin dengan Aeril Zafrel dan mempunyai anak? Dia cakap, ya betul. Jadi betullah cerita yang terbongkar itu. Dia cakap mahu saman beberapa pihak yang mendedahkan cerita peribadinya itu. Saya cakap kenapa nak saman jika cerita pernikahan dan mempunyai anak itu adalah perkara betul. Bukan kenyataan fitnah!”

“Jujurnya, saya tersentak dan sebak sebenarnya apabila Wawa mengakui dirinya sudah berkahwin dan mempunyai anak, sedangkan pertunangan kami belum diputuskan. Saya tanya kenapa tidak berterus terang mahu berkahwin, saya tak kisah untuk melepaskannya. Saya sudah agak dari awal lagi, inilah risiko bertunang dengan seorang artis.”

“Tapi Wawa ketika itu terus menangis. Dia tidak mahu saya membocorkan cerita pertunangan kami. Saya tahu Wawa cukup sengsara dengan apa yang dihadapinya. Saya sebolehnya tidak mahu Wawa terseksa, apatah lagi dalam keadaan sekarang. Bagaimanapun, saya tidak mempu menutup mulut orang terutama di kalangan keluarga yang mengetahui kami masih ada ikatan pertunangan. ”

“Saya terkejut bagaimana wartawan boleh menghidu cerita kami, malah boleh menghubungi saya. Soalnya, saya pula terpaksa bersoal jawab dengan wartawan.”

Pernah Tak Suka Aeril

“Saya sebenarnya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Saya sempat bertanya pada Wawa, siapakah lelaki yang dinikahi. Dia beritahu suaminya adalah lelaki yang tidak disukai dulu. Dia adalah pelakon yang berlakon dalam drama Klik bersama saya dulu. Jadi, saya tahulah lelaki yang dimaksudkan adalah Aeril Zafrel.”

“Saya tanya lagi kenapa berkahwin dengan lelaku yang dibenci, dia hanya menangis saja. Bapa Wawa ada menghubungi saya pada Rabu lalu. Dia mohon maaf pada saya. Saya tanya, kenapa tak bagi tau pasal Wawa dah kahwin? Dia sebaliknya mempertikaikan kenapa tidak diberi nafkah bulanan. Menjadi budaya orang di Lahad Datu, lelaki kena memberi nafkah kepada tunangannya setiap bulan.”

 Pertunangan Diatur Keluarga

[dropcap]M[/dropcap]ajlis pertunangan Wawa Zainal & Rashid diatur oleh keluarga, selepas bapa Wawa Zainal mendesak Rashid supaya bertunang dengan Wawa.

“Wawa pula tentunya bimbang apabila Wawa bersama saya di Kuala Lumpur. Sekurang-kurangnya kami ada ikatan pertunangan. Keluarga saya menghantar cincin dan wang hantaran. Tidak perlulah saya beritahu jumlah diberikan. Jadi, pada ketika itu, kami sudah rasmi sebagai tunangan. Bagaimanapun, selepas gambar saya dan Wawa tersiar dalam blog hiburan, kami mula takut.”

“MIG tak membenarkan mana-mana artisnya bercinta dan berumahtangga. Saya ambil keputusan melepaskan Wawa selepas MIG menyediakan rumah untuknya sebagai tempat berteduh. Saya lihat Wawa ketika itu solat lima waktu tak pernah tinggal. Saya tak mahu kehadiran saya sebagai tunangan Wawa diketahui orang sebab saya fikir Wawa baru saja nak menapak sebagai pelakon.”

“Sebelum ini, jika orang bertanya kepada saya, Wawa akan mengatakan kami ada tali persaudaraan. Malah, berita kami bersaudara pernah disiarkan dalam beberapa blog hiburan bersama gambar kami. Tapi, hakikat yang sebenarnya, Wawa adalah tuanng saya.”

“Saya pulang ke Lahad Datu pada pertengahan 2012, sebelum mendapat kerja mengajar di sebuah sekolah rendah di Tawau sehingga hari ini.”

Rashid juga mengakui dia sekarang masih bujang sehingga sekarang.

Budiey rasa berita Wawa Zainal berkahwin dengan Aeril Zafrel ketika bergelar tunangan orang ni akan menjadi topik hangat di pagi Ahad ini.

Maka benarlah gossip yang mengatakan Wawa Zainal dah bertunang yang disiarkan pada beberapa tahun lepas? Tapi Wawa tak nak mengaku dan kata, lelaki tu adalah saudaranya. Apa komen anda tentang perkara ini?

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Can u guys stop gossiping…. sial lah. Nak cari makan pon jgn sampai jatuhkan maruah org sial! Diri korang perfect sgt pe? Korang rejam org rabak rabak just bcoz of yr profession as wartawan,journalist,media hiburan! Kimak.. ni peribadi hal org sial.korang wartawan kene bayar underground pe nak korek citer org. Jgn luper kita ada Tuhan… again agaklah nak kpo hal org. Dorang kat bilik asal korang taknak Tanya n media? Malu? Kejam ah korang punyer tak logik punyer gossip! Put all that in yr shoes! Yg akhirat nanti.. korang kene hitung baru padan muker korang..org yg korang rejam tu mungkin akan tolong korang balik! Tak paham nikah syariat Allah… pegi amek tahu. Pegi study to work as ajournalist! Org puteh punyer journalist lagi bagus dari korang yg mulut mcm bangkai! May Allah bless u n forgives u..Amin…

  2. Oh Mai God! Aku dah rasa dah benda ni akan digembar-gembur oleh wartawan. Aku dah baca pasal benda dah lama. Cuma bila dah dia tak nak ngaku, gosip ni dah tenggelam macam tu je.

    Tahniah Wawa!

  3. Ayooooo, baru tunang bukan isteri., saya nak tahu apa motif bekas tunang wawa zainal ni buka mulut mengenai hal ni? Dh 2 thn tu?

  4. Terima kasih Budiey atas laporan ini. Suka baca. Tapi terus terang cakap kat sini, saya tak suka Wawa buat mcm tu. Kesian bekas tunang dia. Patutnya dia pulangkan cincin tunang dulu. Tak baik aniaya orang, nanti orang akan aniaya kita. Harap wawa lebih matang selepas ni. Mcm budak-budak perangai artis sekarang! Suka hati dia je.

  5. Aku tak suka gossip macam ni. artis selalu buat taik kat wartawan. penipu besar, hipokrit.
    Aku dah lama tak support artis yg byk imej negatif. Diorang mcm taik, taik, taik, taik.

  6. Wawa zainal hidup penuh dgn pembohongan.kahwin x mengaku kahwin .beranak x mengaku beranak.bertunang x mengaku bertunang sampai begitu sekali dia berbohong kerna nak jadi artis.bila dah kantoi salahkan wartawan.mcmmana org x mrh kalau menipu itukan sifat munafik

  7. first haram hukumnya meminang apatah lagi bernikah diatas tunangan lelaki lain.maka fikirlah…yg asalnya halal buat kamu adalah haram

  8. Hidup sebagai artis banyak pancaroba. Itu fasal fahrin ahmad nak kahwin seorang guru dan bukan seorang artis. Agaknya hidup lebih menjamin tanpa banyak gossip. Semua manusia ada masa silamnya dan semua orang, artis atau tidak artis, ada sejarah hidupnya tersendiri. Bermaafan maafkan diantara satu sama lain lebih baik dari mengkeji. Benda yang sudah berlalu biarlah berlalu dan anggaplah yang buruk tu suatu pengajaran hidup . Semua orang belajar dari masa silam yang lampau. Sebagai manusia sejagat, ampuni satu sama lain dan jangan lah berlaku curang kepada orang yang kita sayangi. Tuhan memahami keadaan, insaf dan bertaubat, jika ingin kembali kepada jalan benar. Selamat Hari Raya KOrban kepada semua muslimin terutama kepada pasangan ini dan anakanda yang dikasihi.

  9. Saya fikir meletakkan syarat bagi seseorang artis tidak boleh berkahwin kalau nak jadi artis dibawah naungan sebuah penerbit filem perlu dikaji semula oleh semua penerbit filem, untuk mengelak dari sebarang fitnah dan keburukan berlaku dikalangan artis. Tidak siapa boleh sekat bebebasan manusia sejagat cuma undang2 yang dirumus oleh pihak yang berkuasa. Fikir fikirlah kalau hendak melakukan keadilan antara kita manusia sejagat. Semua orang ada perasaan , hati dan kebebasan, yang kita sebagai manusia sejagat tidak dapat mengelak kecuali Tuhan yang maha kuasa yang mnenetukan segalanya. Fikir fikir lah kearah pembangunan manusia dan berlakulah adil kepada manusia sejagat.

  10. well.. korang yg korek ni kena tahu bagaimana cara org sabah. dorang punya cara xsama dgn orang semenanjung. So kita xblh nk judge dorg (wawa and bekas tunang dia) tu mcm mne. dia xpulang kn cincin ke apa.. kalau betul laa kn,, mesti ayah wawa dh x wali kan dia sbb ayah dia juga yg suruh dia tunang. kalau betul mesti ayah dia dh pulangkn balik cincin. so kita xberada kt tempat dia xpyh gebang nk bersuara. jaga kain korang yang bakal2 rabak tu sbelum nk jaga kain orang. korang yg kepoh ni semua nya mmg tempah neraka ek. tahniah……

  11. lantak dia la nk kawen ke nak tunang ke yg korang sibuk sgt ni apasal…jaga tepi kain sendiri. Cukupla…. Jangan menghukum orang sb kita bukannya Tuhan…Wawa n Aeril Press tu x payah layannnn,, kata no comment je… Diorg tu bkn sape2 cukupla Tuhan saja yg tahu apa yg sbenarnya berlaku.

  12. Slm……Bkn Niat Saya Nak Mendedahkan Kenyatan tersebut……….saya tinggalkan wawa br 5 bln iaitu 10 puasa 2011 dan kenyataan wawa dan aeril nikah kali pertama pd februari 2012….sebelum ni memang saya tdk pernah nak ambil tahu pasal perkembangan wawa….sebab saya beranggapan gosip artis memang macam ni……..saya cuma tunggu pengakuan wawa br saya boleh terima………tp kenyataan to memang benar……….jd saya nak tau jg sama ada aeril tahu tak yg wawa to da bertunang………..tp kenyataannya ariel tak nak jawab panggilan…..hingga pihak MIG yg call….seingat saya MIG tak akan buka mulut menceritakan keadaan yg saya ceritakan tp sebaliknya da tersebar…………memang da sangkaan saya selama ni….bila sms dan call tak di jawab….say bday utk saya pun tidak…..and say bday utk wawa pun tak dijawab..upanya mereka da bernikah..kenyataan saya tak tahu apa2 pasal kedudukan mereka………now ni saya di aibkan dgn segala kenyataan yg mereka buat………..tp saya masih sabar dan klu boleh tak nak nak besarkan lg keadaan.tp sampai bila? minta saya tutup mulut tp dlm masa yg sama nak aibkan saya………jawab la kenyataan dgn sejujurnya benda da terjadi tp jgn nak aibkan saya………keluarga saya tak pena berjumpa dgn keluarga wawa utk putusakan pertunangan………..hanya pembayaran balik melalui Bank In pd khamis sebelum persidangan media pada jumaat dan keluar melodi pd ahad……….saya tak pena nak minta simpati drpada sesiapa…………awak bkn ditempat saya…….masih byk perkara aib yg boleh saya cerita kan klu ak nak……….tp ak bkn jenis lelaki macam itu……….cuma biar la isu pertunangan to tersebar sebab saya tak mahu org menbenci wawa berulang2…..wsl

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Final Ratu Jumbo 2013 Berlangsung Hari Ini

Konsert Soutul Najjah