in

Konsert Soutul Najjah

Lagu-lagu berunsur ketuhanan menjadi pilihan stesen TV terutama dalam usaha memberikan hiburan terbaik dan dalam masa yang sama mengajak masyarakat menghayati sambutan Aidiladha yang diraikan seluruh umat Islam pada 15 Oktober depan.

Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut mengambil pendekatan sama menyiarkan sebuah konsert bertajuk ‘Soutul Najjah’ pada 15 Oktober, jam 4.30 petang di TV2 yang rakamannya diadakan bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri. Konsert ini menampilkan kemunculan artis-artis terkenal tanah air berkongsi pentas sama termasuklah UNIC, Najwa Latif, Hafiz Hamidun, Iwan Shaman, Saujana, 6ixth Sense dan Heliza Helmi.

Konsert ‘Soutul Najjah’ : Hiburan Lagu-Lagu Ketuhanan Oleh Penyanyi Popular Khas Aidiladha di RTM

‘Soutul Najjah’ atau suara kejayaan merupakan tajuk bagi rancangan Konsert Aidiladha pada tahun ini dengan konsep pengisian yang santai dan berinformasi. Alunan lagu – lagu yang disampaikan dan bait – bait liriknya terkandung mesej – mesej berunsur ketuhanan, kecintaan pada Rasulullah SAW, nasihat, kemanusiaan, keindahan alam dan menyentuh aspek kehidupan muslim sejagat.

Bersesuaian dengan tajuknya Soutul Najjah, hari raya korban merupakan kejayaan bagi setiap umat Islam bukan sahaja umat yang terdahulu tetapi juga untuk umat kini. Kejayaan itu meliputi semua aspek kehidupan yang diterjemahkan dalam lagu-lagu pilihan dalam konsert ini.

Walaupun umat Islam sentiasa diuji dengan berbagai-bagai ujian, namun semua itu tidak pernah mematahkan malah ianya membuatkan Nur Islam terus bangkit dan berkembang keseluruh pelusuk alam. Harapan penerbit konsert ini, Norfadzillah Hashim semoga para penonton yang menyaksikan konsert ini dapat menghayati mesej konsert ini dan mengambilnya sebagai sesuatu yang positif.
Lagu-lagu disampaikan termasuklah Ikramul Kareem dan Binnabil Huda (Kumpulan UNIC), Adamu dan Padamu Ku Bersujud (Najwa Latif), Astaghfirullah dan Kasih Padamu (Hafiz Hamidun), Solat Dulu dan Semua Allah Yang Punya (Iwan Shaman), Patah Hati (Kumpulan Saujana), Cahaya Cinta dan Cintaku Padamu Seluas Angkasa (Kumpulan 6ixth Sense), Penerang Hati – Kumpulan 6ixth Sense dan Kumpulan Saujana, Mari Berzikir dan La Tahzan (Heliza Helmi) dan dua lagu Hasbunallah dan Waiting For Your Call.

Penampilan istimewa Ustaz Haslin di dalam Soutul Najjah lebih memantapkan lagi pengisian konsert ini. Persembahan nyanyian konsert ini diiringi oleh ‘live band’ dan dipimpin oleh pengarah muzik, Shamril Salleh.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Wawa Zainal Pernah Bertunang Sebelum Nikah Aeril Zafrel

Senarai Pemenang Final Jumbo Queen 2013