in

Final Ratu Jumbo 2013 Berlangsung Hari Ini

Pada jam 2.30 petang ini, Budiey dijemput untuk menghadiri Final Ratu Jumbo 2013 yang diadakan di ruang legar, Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ini adalah kali ke-empat penganjuran Ratu Jumbo di Malaysia.

Budiey dikhabarkan ada sepuluh orang wanita gempal bersaing sesama sendiri di atas platform yang sama untuk dinobatkan sebagai Ratu Jumbo 2013. Terdapat tiga pusingan pertandingan ini yang dimulakan dengan permulaan peserta beragam dalam pakaian kasual yang ditaja Ericplus pada bahagian pengenalan diri yang diikuti oleh persembahan bakat terbesar mereka. Pusingan akhir akan menyaksikan peserta memakai pakaian jamuan petang.

Peraduan ini dibuka kepada wanita bujang atau yang sudah berkahwin dengan berat badan minimum 80kg. Para peserta akan diadili berdasarkan personaliti, keyakinan diri, sokongan dari penonton, pakaian dan persembahan keseluruhan.

FInal Ratu Jumbo 2013 Berlangsung Hari Ini

Final Ratu Jumbo 2013

[pullquote align=”right”]Peraduan ini telah diadakan sejak tahun 2010 dan diilhamkan oleh Peraduan Ratu Jumbo di Thailand. Sungei Wang Plaza merupakan pusat beli-belah yang pertama di Malaysia untuk menganjurkan peraduan ini.[/pullquote]

Juara Ratu Jumbo 2013 akan pulang dengan Wang tunai RM5,000, Baucer A-Look Eyewear bernilai RM1,000, Baucer Miko Hair Studio bernilai RM800, Barangan solekan Xpression Make Up bernilai RM500, Kursus solek muka bernilai RM900, Baucer Produk Kecantikan Kulit Lafa Quen bernilai RM800, Trofi dan Selempang manakala naib juara akan menerima Wang tunai RM3,000, Baucer A-Look Eyewear bernilai RM500, Baucer Miko Hair Studio bernilai RM500, Barangan solekan Xpression Make Up bernilai RM300, Baucer Produk Kecantikan Kulit Lafa Quen bernilai RM400, Trofi dan Selempang.

Pemenang tempat ke-tiga akan pulang dengan Wang tunai RM2,000, Baucer A-Look Eyewear bernilai RM500, Baucer Miko Hair Studio bernilai RM200, Barangan solekan Xpression Make Up bernilai RM200, Baucer Produk Kecantikan Kulit Lafa Quen bernilai RM300, Trofi dan Selempang. Terdapat juga empat hadiah sagu hati untuk anugerah gelaran “Paling Popular”, “Paling Berbakat”, “Undian Paling Tinggi di Facebook” dan “MY FM Most Popular Award” di mana setiap satu pemenang sagu hati ini akan mendapat Wang tunai RM500, Baucer Beli-belah bernilai RM500, Baucer Produk Kecantikan Kulit Lafa Quen bernilai RM100 dan Trofi

Ratu Jumbo 2013 ditaja oleh A-Look Eyewear. Radio rasmi adalah MY FM dan MIX FM manakala majalah rasmi adalah feminine. Alat solek asmi adalah Xpression Make-Up Academy diikuti ericaplus sebagai pakaian rasmi. Salon rambut rasmi adalah Miko Hair Studi dan produk kecantikan kulit rasmi adalah Lafa Quen.

Nantikan laporan dan #LiveUpdate pada petang ini.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Malaysian Toon Festival 2013

Wawa Zainal Pernah Bertunang Sebelum Nikah Aeril Zafrel