in

Watak Ganas Shaheizy Sam Dalam Evolusi KL Drift 2 Dipuji

Dari hari ke sehari, nama Shaheizy Sam semakin melonjak naik. Dengan prinsip jiwanya yang perfectionist, telah ramai yang memuji lakonan beliau yang memang ada karakter tersendiri. Tak hairan kalau ada yang menggelarkan dirinya sebagai Johnny Depp Malaysia. Kejayaan beliau dalam Adnan Sempit telah membuktikan bahawa beliau masih belum terlambat untuk terus mencipta nama.

Untuk filem Evolusi KL Drift 2, Budiey dapati ramai yang memuji lakonan Shaheizy Sam yang memegang watak antagonis, seorang gangster yang sememang bersifat kejam dan ganas. Budiey pasti penonton akan suka dengan cara adik kepada pelakon Zizie Ezette ini membawa watak ini. Nak tahu macamana ganasnya watak ini, kenalah tonton.

Semasa bertemu anak bongsu kepada penerbit dan pelakon Khaty Fauziah di Karnival Filem Evolusi KL Drift 2 di Dataran Merdeka pada hari Sabtu lalu, Budiey sempat bertanyakan kepada beliau tentang homework yang dibuat. Nak tahu kena tengok video temubual ringkas ini:

Populariti Shaheizy Sam semakin meningkat dan sekiranya beliau konsisten dengan melahirkan lakonan yang berwibawa, tak syak lagi beliau pasti akan menjadi pelakon yang disegani. Buktinya, ketika sessi ramah mesra bersama peminat beliau dikerumuni oleh ramai sekali pengunjung yang teruja untuk bergambar dengannya.

Dulu memang Sam tak berapa suka dirinya terlalu expose dan kerana itu juga, namanya tak melonjak walaupun dah 14 tahun dalam dunia lakonan. Ingat lagi lakonan pertamanya adalah dalam filem Sama Tak Serupa arahan Allahyarham Yuzwan Wahid.

Ramai yang tak tahu, Shaheizy Sam adalah seorang yang pemalu. Sekarang pun, dirinya masih malu untuk bertemu dengan khalayak dan lebih suka berada di dalam dunianya sendiri.

Dalam filem Evolusi KL Drift 2 ini, Sam membawa watak Ery iaitu watak antagonis yang lebih kurang sama dengan watak saya di dalam filem Bohsia.

Menurut Sam, watak Cina bernama Ery merupakan seorang yang mempunyai penyakit mental & sikit psycho. Namun, beliau harap penonton akan dapat membezakan wataknya dalam filem Bohsia dengan filem terbarunya yang akan berada di pawagam pada hari Khamis ini.

Terkini, Shaheizy Sam sedang sibuk menjalani pengambaran untuk drama Adnan Sempit The Series.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nas Adila Buat Muzik Video Bidadari Syurga di Indonesia

Empat Drama Terbaik Sempena Hari RTM Ke-64