in ,

Shaheizy Sam Tayang ‘Six Pack’ Dalam Polis Evo 3, Akui Disiplin Tinggi Jaga Badan

Penampilan pelakon, Shaheizy Sam bertubuh sasa dalam filem Polis Evo 3 nyata bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dirinya lalui.

Menurut Sam atau Shaheizy Sam Abdul Samad, 41, meskipun dia seorang ‘food lover’, disiplin tinggi tetap diutamakannya bagi memastikan tubuh badan sesuai dengan watak selaku Inspektor Khai dalam filem berkenaan.

“Honestly, kita cakap serius, Sam susah nak dapat ‘six pack’.
“I enjoy food, kalau tadak kerja memang Sam gemuklah. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun kan, bulan dua (Februari) still okay lagi pasal baru habis shoot (filem Polis Evo 3), bulan sembilan (September) Sam dah gemuk gila.
“Tapi fasal kerjalah yang membuatkan Sam boleh lose weight, kalau bukan fasal kerja Sam rasa tak kot,”

– Shaheizy Sam

Sam berkata kepada media selepas tayangan Malam Gala filem Polis Evo 3 di TGV KLCC, baru-baru ini.

Tambah Sam, salah-satu cabaran yang perlu ditempuh dirinya untuk memiliki tubuh badan yang sasa adalah dengan menjaga pemakanan dan pengambilan kalori.

“Sam terpaksa makan sikit untuk ada tenaga fasal kejap lagi Sam nak kena pergi gym. Kalau tak makan tiada energy nak pergi gym.
“Selagi tak lapar jangan makan, bila nak pergi gym sekejap lagi kena makan dulu sikit so bila terlebih makan ke kena burn balik cabaran dekat situlah,”

– Shaheizy Sam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Minaz Blooming Adha ‘Koleksi Haramian Series’ Sasar Jualan RM12 Juta

Sinopsis Drama Bersiri Hijrah Jannah Lakonan Remy Ishak & Daniella Sya