in

Nas Adila Buat Muzik Video Bidadari Syurga di Indonesia

Tak sampai beberapa bulan, selepas pelancaran album Bidadari Syurga, Nas Adila telah menyiapkan muzik video untuk single terbarunya itu.

Kali ini, usaha gigih penyanyi ini sememangnya membuatkan Budiey rasa kagum. Apa taknya, di zaman kegawatan ekonomi ini, ramai penyanyi yang masih ‘cut cost’ untuk buat video klip tapi tidak bagi Nas Adila kerana bagi beliau adalah untuk melakukan yang terbaik. Dalam kariernya sebagai penyanyi, Nas Adila sehabis daya untuk terus berdiri kukuh sebaris dengan penyanyi yang sedia ada.

Dengan itu, video muzik Bidadari Syurga telah menjalani pengambaran di Jakarta, Indonesia. Bukan sahaja mencari lokasi di sana malah boleh dikatakan semua produksi adalah dari Seberang. Pengambaran dibuat di Perbadanan Filem Nasional (PFN).

Projek ini diarahkan oleh Kiky Zikr dengan menggunakan pereka fesyen yang begitu futuristik iaitu Toto Supangat. Kalau dilihat dalam gambar, sebenarnya muzik video ini dbanyak menggunakan green screen dan pastinya akan ada animasi dan juga grafik yang canggih sebagai latar.

Juga menggunakan model lelaki dari Malaysia tetapi terkenal dan mencipta nama di Indonesia iaitu Keith Foo.

Pengambaran dibuat selama sehari iaitu dari jam 9 pagi hingga jam 11 malam pada 9 Mac 2010 lalu.

Semoga dengan kelahiran video klip ini, Nas Adila semakin berjaya mengejar cita-citanya.

4455011308 43Defea657 O | 4

4455011686 2F08B0Abf4 O | 5

4454232297 8Ecbeb6B6F O | 6

4455012736 76C536Ded4 O | 7

4455012894 E8B7Ee2219 O | 8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

S.O.X. ALL-STARS DRUM AND DANCE CELCOM

Watak Ganas Shaheizy Sam Dalam Evolusi KL Drift 2 Dipuji