in

Joe Wings Mencari Protégé dalam Program War Of Bands

Industri hiburan negara suatu masa dahulu meriah dengan kehadiran bermacam kumpulan muzik. Kehadiran pelbagai jenis kumpulan dengan beraneka nuansa muzik yang dimainkan serba sedikit mencorakkan industri hiburan tempatan dan merancakkan penjualan album, video konsert dan bermacam jenis produk muzik yang berkaitan.

Akan tetapi melewati ke era millennium, satu demi satu kumpulan muzik hilang dari persada muzik tempatan. Manakala kewujudan kumpulan baru yang membawakan genre muzik terkini pula tidak banyak yang berdaya tahan dan mampu menongkah arus cabaran dalam industri hiburan Malaysia.

Img_6427

Joe Wings Mencari Protégé Dalam War Of Bands

[dropcap]B[/dropcap]ertitik tolak daripada ini, JMP Productions dan Tio Studio dengan kerjasama Anggerik Event berbesar hati untuk menganjurkan “War Of Bands – Joe Wings mencari protégé” yang betujuan untuk cuba mengulangi kemeriahan industri hiburan tempatan yang pernah melalui zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu.

Pertandingan mengikut konsep ‘Battle Of The Bands’ yang pernah popular satu ketika dahulu. Cuma bezanya kali ini peserta yang layak berpeluang merakamkan karya mereka untuk dimuatkan ke dalam album kompilasi serta mendapat tunjuk ajar dan sokongan dari susuk yang tidak perlu lagi diperkenalkan lagi dalam arena muzik tempatan – Joe Wings.




Selama lebih tiga dasawarsa ‘mengperhambakan’ diri sebagai anak seni, Joe Wings adalah satu figura yang tidak boleh dinafikan impak dan pengaruhnya dalam industri hiburan tempatan amnya dan untuk muzik rock khususnya. Dengan pengalaman selaku pemain gitar utama kumpulan Wings, pencipta lagu, penulis lirik, penerbit album, pengarah persembahan, pemain gitar undangan dan pernah bergelar pelakon sudah lebih daripada mencukupi untuk melayakkan Joe Wings mencari pelapis berkumpulan agar segala ilmu dan pengalaman beliau sepanjang bergelar artis dan pemuzik dapat diperturunkan dan diwarisi kepada generasi baru.

‘War Of Bands – Joe Wings mencari protégé’ akan dijalankan secara saringan di tiga lokasi yang ditetapkan iaitu:

Saringan pertama – Johor Bahru, 31 Ogos 2016
Saringan kedua – MAEPS Serdang, 16 September 2016
Saringan ketiga – Ipoh, 1 Oktober 2016

Yuran penyertaan untuk setiap kumpulan adalah sebanyak RM 300.00 dan setiap penyertaan akan mendapat 5 helai t-shirt secara percuma. Had umur penyertaan daripada 15 tahun hingga 35 tahun sahaja. Bagi setiap penyertaan, pihak penganjur akan mendermakan sebanyak RM 30.00 kepada tabung kebajikan Yazit Search. Format pertandingan peringkat saringan memerlukan setiap kumpulan menyampaikan 2 buah lagu dalam tempoh masa yang ditetapkan samada lagu tempatan, antarabangsa ataupun lagu ciptaan sendiri.

Pertandingan akhir akan diadakan di MAEPS Serdang pada 16 Oktober 2016. Sebanyak 4 buah kumpulan dari setiap saringan akan dipilih untuk ke pertandingan akhir dan juri pada peringkat akhir nanti ialah saudara Hillary Ang, Yazit Search dan Joe Wings. Pada peringkat akhir, setiap kumpulan diwajibkan membawakan 1 lagu ‘cover’ dari kumpulan Wings yang diolah kembali mengikut citarasa sendiri dan 1 lagu ciptaan sendiri. Juara akan menerima hadiah wang tunai RM 5,000.00 dan sebanyak 12 kumpulan termasuk yang berjaya ke pusingan terakhir akan dipilih untuk merakamkan lagu dalam satu album kompilasi yang akan diselia dan diterbitkan oleh Joe Wings sendiri.

Satu kelainan pada pertandingan ini berbanding pertandingan muzik yang lain ialah selain menumpukan kepada kumpulan berbanding penyanyi solo, setiap kumpulan yang bertanding diberi peluang beraksi di atas pentas bertaraf konsert yang dilengkapi dengan sistem bunyi bertaraf antarabangsa yang kebiasaannya hanya digunakan dalam konsert-konsert berskala besar.

Ini bertujuan untuk memberikan satu suasana dan dimensi baru kepada setiap kumpulan yang bertanding untuk merasai sendiri pengalaman bermain di atas pentas bersaiz besar yang dilengkapi sistem bunyi bertaraf antarabangsa.

Img_6428

Seterusnya dapat memotivasikan setiap kumpulan yang bertanding untuk memberikan persembahan yang terbaik setaraf dengan kemudahan yang diberikan. Untuk kumpulan yang terpilih merakamkan lagu dalam album kompilasi pula, Joe Wings sendiri akan memberi tunjuk ajar serta bimbingan sepanjang proses rakaman.

Diharapkan dengan penganjuran ‘War Of Bands – Joe Wings mencari protégé’ ini dapat menyemarakkan kembali arena muzik tempatan dan seterusnya dapat melahirkan pelapis-pelapis yang bermutu dalam menghasilkan karya-karya baru dan malar segar. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cuisine Inspire Sdn. Bhd, pemilik Teh Tarik Place Setapak Central yang sudi menaja tempat dan makanan untuk sidang media ini. Semoga penganjuran acara ini juga dapat membuka mata penaja-penaja yang berpotensi di luar sana untuk melabur dalam melahirkan pelapis-pelapis hiburan tanahair.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman sesawang http://www.tioevent.com/jwwob atau lawati Facebook rasmi. http://www.facebook.com/joewingsprotege

“Muzik itu seni, bakat adalah anugerah, protégé adalah penyambung legasi. Mereka berhak dihormati dengan didikan melalui saluran yang betul. Barulah akan menjadi bintang yang bersinar dan berkualiti, bukan bintang bermusim.

Jadi pilihan di tangan anda. Bakat anda adalah karya anda. Bukan orang lain yang tentukan nasib anda.

Berkaryalah dengan cara anda dan kami akan tunjukkan jalan yang sewajarnya!”

-Joe Wings-

Img_6426

PROFILE JOE WINGS

Nama Penuh: Abdul Zamin bin Abdul Kadir
Lahir: 8 Oktober 1969 di Muar, Johor Darul Takzim.
Status: Berkahwin, 3 anak
Kumpulan Terdahulu: Scandals.

AXOLOGY

• GIBSON Les Paul Custom
• HAMER Custom Reverse Headstock
• KILLER KG-Prime Original
• SCHECTER Hellraiser Lefty
• FENDER Telecaster Lefty USA
• Taylor Acoustic
• MAESTRO EJ-1, ED12-1 Acoustic
• BOSS PS2 Digital Pitch Shifter / Delay
• BOSS CE2B Bass Chorus
• MOEN MO-PD Pretty Dolly
• ROCKTRON MIDI Mate
• ROCKTRON Pre-Amp
• SHURE Wireless
• DUNLOP CryBaby
• JIM DUNLOP Custom Picks
• MARSHALL JCM 800
• MARSHALL Mode Four UK
• MARSHALL JCM 2000 DSL (Dual Super Lead)

Img_6425

ALBUM BERSAMA KUMPULAN WINGS

• Hukum Karma (1988)
• Teori Domino (1990)
• Jerangkung Dalam Almari (1991)
• Best Of Wings (1992)
• Double Trouble (1992)
• Bazooka Penaka (1993)
• Opera Dalam Kenangan Part 1 & 2 (1994)
• Orang Asing (1995)
• Biru Mata Hitamku (1996)
• Puisi Aidilfitri (1996)
• Masterpiece (1997)
• Double Trouble II (1998)
• Mencari Asal Usul (1998)
• Best Of Wings 2 (1999)
• Mr. Barbarik (2000)
• Naga Kramat (2002)
• Terunggul (2005)
• Wings Alive 2006 (2007)
• Wings – Live At Planet Hollywood (2008)
• Wings 21st Anniversary (2009)
• Teori Domino Revisited – Jamming Session (2007)
• Double Trouble: Live In JB 2010 (2010)
• Menakluk Kosmos (2014)
• Rockestra: Live At Istana Budaya with Orkestra Simfoni
Kebangsaan (2015)

PENERBIT ALBUM

• Kumpulan Wings

• Bazooka Penaka (1992)
• Opera Dalam Kenangan Part 1 & 2
• Orang Asing (1995)
• Biru Mata Hitamku (1996)
• Puisi Aidilfitri (1996)
• Masterpiece Wings & JS Kevin (1997)
• Mencari Asal Usul (1998)
• Mr. Barbarik (2000)
• Naga Kramat (2002)
• Wings Alive (2006)
• Teori Domino Jamming Revisited (2007)
• Wings – Live At Planet Hollywood (2008)
• Wings 21st Anniversary (2009)
• Double Trouble: Live In JB (Penerbit Bersama) (2010)
• Menakluk Kosmos (2014)
• Rockestra: Live At Istana Budaya with Orkestra Simfoni
Kebangsaan (2015)

• Kumpulan Double Line
• Nota Kekitaan (1997)

• Kumpulan DEF GAB C
• Citarasa (1997)
• Skala (1999)
• Remifasolatido (2001)

• Kumpulan NRG
• Cenderajiwa (2002)

PEMUZIK UNDANGAN

• Pemuzik undangan album DEF GAB C ‘CITARASA’ (1996),
• Pemuzik undangan album DEF GAB C ‘SKALA’ (1999)
• Pemuzik undangan album DEF GAB C ‘REMIFASOLATIDO’ (2001)
• Pemuzik undangan album DOUBLE LINE (1996)
• Pemuzik undangan album HANDY BLACK (2003)
• Pemuzik undangan album SLASH (1995)
• Pemuzik undangan album KRISTAL ‘NT VIRUS (2004)
• Pemuzik undangan untuk lagu “Gadis Melayu’ & “Terharu” Jamal Abdillah (2006)
• Pemuzik undangan untuk lagu “Zakiah” album Hattan “Masterpiece” (2007)
• Pemain gitar undangan untuk Blues Gang di Anugerah Industri Muzik (AIM) (2004)
• Pemain gitar undangan konsert Search “Selepas Banjir” Johor Bahru (2007)
• Pemain gitar undangan konsert Search “Live At Planet Hollywood” (2007)
• Pemain gitar undangan konsert “Lefthanded And Friends” (2009
• Pemain gitar undangan konsert Ella “Live At Istana Budaya” (2010)
• Konsert G4 bersama Kidd Search, Hillary & Man Keedal (2012)
• Pemain gitar undangan konsert Ella 30 Tahun (2016)

FILEM
• Pemburu Bayang (1992).
• Putera (1994)
• Superstar (1996)
• Amelia (1996)

PENCAPAIAN

• Berkumpulan (Bersama kumpulan Wings)

• Kesemua Album Wings berjaya mencapai jualan ke tahap Platinum (melebihi 50,000 unit) , Double Platinum ( melebihi 100,000 unit) , Tripple Platinum (melebihi 150,000 unit )sehingga ke Quadraple Platinum (melebihi 200,000 unit)
• Tempat kedua dan ketiga dalam kategori “Persembahan Terbaik” pada Anugerah Juara Lagu1989 (lagu Taman Rasyidah Utama dan Misteri Mimpi Syakilla)

• Tempat ketiga Lagu Terbaik dan Johan kategori “Persembahan Terbaik” pada AnugerahJuara lagu (AJL) 1990 (lagu Sejati)

• Anugerah “Rakaman Album Terbaik” pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 1993 untuk album “Bazooka Penaka”
.
• Anugerah “Kulit Album Terbaik” pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 1996 untuk album“Biru Mata Hitamku”.

• Dilantik sebagai Duta kepada syarikat pembekal peralatan selam scuba ED-Scuba semenjak tahun 2008 dan menjadi duta kepada acara tahunan “Merdeka Conservation Dive” anjuran syarikat berkenaan dengan kerjasama Jabatan Taman Laut Malaysia, Tourism Malaysia dana kerajaan negeri Terengganu.

• Menjadi artis rock berkumpulan pertama yang berjaya menembusi Istana Budaya dengan mengadakan “Konsert Opera Hidup Wings bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan” di Panggung Sari pada 29 April hingga 2 Mei 2011.

• Dilantik sebagai Duta kepada jenama peralatan muzik Samson melalui syarikat pembekal alatan muzik JS Music Sdn. Bhd.

• Anugerah Khas – Anugerah Planet Muzik 2014

• Anugerah Duo/Kumpulan Popular – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016

• Individu/Perseorangan

• Anugerah Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001 yang dimenangi oleh kumpulan Def Gab C (Joe Wings sebagai penerbit)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Siar Dokumentari DAULAT TUANKU

Senarai Pemenang KIX HD’S R U Tough Enough 2016