in

Senarai Pemenang KIX HD’S R U Tough Enough 2016

KIX HD (Astro Ch. 729), destinasi utama hiburan aksi, akhirnya mempertabalkan juara pencarian warga paling gagah, R U Tough Enough? Edisi Jejaka Lawan Wanita. Sepuluh orang peserta terpaksa berhadapan dengan cabaran fizikal dan emosi bagi menentukan jantina mana paling gagah.

Benny Yeoh daripada #TeamKeith berjaya mengalahkan sembilan lagi peserta dalam pertandingan jantina paling gagah 2016, serta memenangi gelaran “Warga Malaysia Paling Gagah” dan hadiah wang tunai RM30,000.

From left Junaidah Khan from Astro Keith Foo , Benny, Linora Low and Shirley Cheong from KIX

KIX HD’S R U Tough Enough Tabalkan Benny Yeoh Sebagai Warga Malaysia Paling Gagah

R U Tough Enough? Edisi Jejaka Lawan Wanita tahun ini menerima sambutan menggalakkan. Berbekalkan dua orang duta baru, penggemar kesihatan, Linora Low, dan bintang filem, Keith Foo, jumlah penyertaan R U Tough Enough? 2016 meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding tahun lepas. Hanya lima orang peserta wanita mewakili #TeamLinora dan lima orang peserta lelaki mewakili #TeamKeith berbekalkan kekuatan fizikal, mental dan emosi dipilih untuk mengharungi cabaran pertandingan akhir..

Semasa cabaran pertandingan akhir pada hari Sabtu, #TeamLinora dan #TeamKeith terpaksa berlawan sesama mereka dalam 6 peringkat cabaran kursus halangan di Orange Concourse, Sunway Pyramid. Kemudian, wanita paling gagah daripada #TeamLinora dan jejaka paling gagah daripada #TeamKeith berdepan satu sama lain dalam pusingan terakhir untuk menentukan siapakah warga paling gagah Malaysia.

Orang ramai bersorak gembira apabila Benny Yeoh daripada #TeamKeith telah diumumkan sebagai Warga Paling Gagah Malaysia. Berucap setelah pertandingan akhir, Benny Yeoh berkata, “Saya percaya bahawa gagah itu bukan tertakluk kepada jantina ataupun kekuatan fizikal, namun ia lebih kepada berapa lama anda boleh bertahan sehingga ke garisan akhir. Percayalah bukan semudah yang disangka dengan kehadiran wanita gagah daripada #TeamLinora yang memberi saingan sengit hari ini.”

Duta R U Tough Enough?, Linora Low berkata, “Saya sangat kagum dengan peserta yang bertanding di pertandingan akhir hari ini, terutamanya pasukan saya. Mereka memberi saingan sengit dan tidak gentar untuk mencabar stereotaip. Sangat mengagumkan untuk melihat lebih ramai peserta wanita kali ini di R U Tough Enough? Saya harap lebih ramai wanita gagahkan diri untuk membuat perubahan dalam hidup mereka.”

#TeamKeith Mengalahkan #TeamLinora Di Pertandingan Jantina Paling Gagah 2016

“R U Tough Enough? bukan sekadar membuktikan jantina mana lagi gagah. Malah saya bangga berdiri seiring dengan peserta yang bertanding hari ini, kerana mereka telah menunjukkan erti sebenar kegagahan dengan menampilkan gabungan kekuatan fizikal, mental dan emosi yang mantap,” kata Keith Foo, duta R U Tough Enough? .

“KIX HD menyediakan hiburan aksi tanpa henti kepada penoton kita setiap hari namun hari ini, kita lihat kisah ini diberi nyawa menerusi pertandingan akhir R U Tough Enough?. Sepuluh peserta akhir ini telah buktikan bahawa kita mampu berdepan apa jua cabaran tanpa mengira latar belakang, jantina dan umur. Menerusi R U Tough Enough?, kita beruntung kerana boleh berkongsi kisah penuh inspirasi ini bersama para penonton kita.” kata Shirley Cheong, Pengarah Pemasaran di Celestial Tiger Entertainment, Hong Kong.

R U Tough Enough? dibawakan kepada anda oleh Watsons, sponsor bersama Fisherman’s Friend, penyedia perkhidmatan kesihatan terkemuka KPJ Healthcare Berhad rakan kesihatan Celebrity Fitness dan rakan kongsi rasmi Astro dan rakan lokasi Sunway Pyramid.

Mengenai Celestial Tiger Entertainment
CELESTIAL TIGER ENTERTAINMENT (CTE) merupakan syarikat media pelbagai cabang yang komited memberi hiburan kepada para penonton di Asia dan di luar Asia. Ia memberi tumpuan kepada operasi saluran TV berbayar, penghasilan kandungan program serta pengagihan program yang disasarkan kepada para pengguna di Asia.

Ia mengendalikan pelbagai saluran TV berbayar termasuk: CELESTIAL MOVIES, (saluran filem Cina 24 jam yang mempunyai liputan paling luas di dunia), CELESTIAL CLASSIC MOVIES (saluran filem-filem Cina yang terhebat dalam sejarah), cHK (saluran hiburan umum yang menawarkan hiburan kontemporari dan selebriti Hong Kong, KIX (destinasi utama hiburan aksi), MIAO MI (saluran info pendidikan Mandarin untuk kanak-kanak pra sekolah di Asia) dan THRILL (satu-satunya saluran filem suspend an seram Asia). Semua saluran di CTE menyediakan perkhidmatan terbaik. CTE turut menghasilkan rancangan tulen yang bersesuaian dengan perniagaannya.

Ibu pejabat CTE terletak di Hong Kong dan pemegang saham utamanya terdiri daripada Saban Capital Group (syarikat pelaburan swasta terkemuka yang mengkhusus dalam industri media, hiburan dan komunikasi), Celestial Pictures (salah satu syarikat hiburan terbesar di Asia dan merupakan anak syarikat milik penuh Astro Overseas Limited) dan Lionsgate (studio hiburan bebas terbesar di dunia).

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.celestialtiger.com.

R U Tough Enough brand ambassadors Linora Low and Keith Foo

Team Keith and Team Linora are introduced to the public

Yusfi from Team Keith demonstrates balance and strength in the challenge

Dayang from #TeamLinora

Derrick from Team Keith

Lily from Team Linora shows Team Keith the right way to tackle barriers

Ying Ying from #TeamLinora

Nash from Team Keith

Perima from Team Linora scales the cage at the speed of light

Suphasan from Team Keith carries half his weight effortlessly

Linora leads Team Linora through spirit lifting cheers

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Joe Wings Mencari Protégé dalam Program War Of Bands

CYRILL HASSAN

Buffet Berbuka Puasa Ramadan CINNAMON COFFEE HOUSE 2016