in

RTM Siar Dokumentari DAULAT TUANKU

Masyarakat perlu menyedari kepentingan institusi raja dalam kehidupan seharian bagi menjamin keseimbangan politik dan menyumbang kepada kestabilan negara. Menyedari hakikat ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerbitkan sebuah dokumentari khusus bagi memberi gambaran lebih jelas tentang institusi raja di Malaysia.

Dokumentari khas bertajuk “Daulat Tuanku” bakal disiarkan pada 4 Jun ini, pukul 9.00 malam di TV1 dan sementara TV2 turut menyiarkannya pada 5 Jun ini, pukul 7.00 malam.

RTM Siar Dokumentari “Daulat Tuanku” di TV1 dan TV2

[dropcap]D[/dropcap]iterbitkan oleh Nor Azlan Tendot Abu Bakar, Unit Dokumentari dan Majalah RTM, dokumentari menarik ini berkisar tentang sejarah dan fungsi SPB YDP Agong sebagai satu lambang yang mewakili kedaulatan Raja Berpelembagaan di Malaysia.

Menerusi paparan dalam dokumentari ini, masyarakat dipertontonkan dengan perlantikan SPB YDP Agong, dilakukan lima (5) tahun sekali, memberi peluang kepada 9 Raja-Raja Melayu untuk bergilir-gilir melaksanakan tanggungjawab sebagai pemerintah tertinggi di Malaysia seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.




Sepanjang setengah jam siarannya, fungsi dan tugas-tugas SPB YDP Agong dipersembahkan dalam pelbagai bentuk bagi memperjelaskan tugas sebenar yang harus dipikul oleh Baginda sepanjang pemerintahan dan cabaran masa kini yang terpaksa ditempuhi dalam memastikan pemerintahan yang adil dan saksama dan berlandaskan apa yang dituntut dalam Perlembagaan Malaysia.

Ikuti juga “Titah Khas Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong” yang disiarkan pada 3 Jun ini, pukul 9.00 malam di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MTV Lancar Project Aloft Star Musim Ke-3

Joe Wings Mencari Protégé dalam Program War Of Bands