in ,

Wany Hasrita Kongsi Video Terima Kunci Rumah Baru di Youtube

Tahniah buat Wany Hasrita kerana berjaya memiliki kediaman sendiri. Bukan senang sebab kena bekerja keras dan akhirnya tercapai apabila dia menerima kunci rumah pertamanya itu, baru-baru ini.

Hasrat Wany Hasrita memiliki kediaman sendiri tercapai selepas menerima kunci rumah daripada pemaju, baru-baru ini.Menerusi perkongsiannya di Instagram, Wany atau nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata dia memasang impian untuk memiliki kediaman mewah itu sejak tahun lalu.

Melalui keterangan mengiringi video kira-kira 11 minit itu, pemegang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Paling Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan.

“Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Berkat doa ibu dan semua orang, saya dapat beli rumah baharu. Walaupun lambat setahun dari azam yang dibuat pada 2019, tapi saya berjaya mencapainya.

“Alhamdulillah, tak besar dan tak kecil… Itu sudah memadai untuk kami berdua dan anak-anak kucing kami,”

– Wany Hasrita

Penyanyi lagu Canggung ini turut berkongsi video dia bersama ibunya mengunjungi kediaman dua tingkat yang dipercayai terletak di Semenyih, Selangor itu. Dalam video yang dimuat naik di laman YouTube itu, Wany berkongsi kepada peminat ruangan dalaman rumah berkenaan. Malah, dia turut memberitahu akan melakukan beberapa pengubahsuaian sebelum berpindah masuk.

Mengaku tidak gemar berkongsi hal peribadi kepada umum, namun demi pengikut akaun YouTube yang sudah mencecah 100,000 orang, Wany menyifatkan entri berkenaan sebagai hadiah buat mereka.

“Walaupun saya agak kedekut untuk berkongsi mengenai rumah, apa yang saya beli dan sebagainya, tapi apa yang saya lakukan hari ini adalah sebagai tanda terima kasih untuk semua pengikut akaun YouTube.

“Insya-Allah, saya akan maklumkan perkembangan rumah saya dari masa ke semasa sebaik proses pengubahsuaian bermula,”

– Wany Hasrita

Wany dilihat sedang ditemani ibunya, Norita Jaafar ketika meninjau rumah teres dua tingkat itu.

Bukan sekadar berkongsi bahagian dalam rumah terbabit, penyanyi berusia 27 tahun ini turut memaklumkan proses pengubahsuaian yang bakal dilakukan sebelum berpindah masuk.

Dalam video itu juga, Wany berkongsi pengiktirafan yang diberi YouTube atas kejayaan akaunnya merekodkan 100,000 pengikut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Lancar Single Baharu Pertama oleh Jannince Weigel berjudul Passcode

Gambar Hiasan

Imam Rayu Hentikan Penyebaran Video Kubur Berdarah