in , ,

AirAsia Lancar Single Baharu Pertama oleh Jannince Weigel berjudul Passcode

Dalam pada industri penerbangan terjejas oleh COVID-19, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes telah mengambil langkah yang mengujakan apabila beliau kembali ke dalam industri muzik.

Kumpulan AirAsia telah memgumumkan penubuhan syarikat rakaman RedRecords pada penghujung 2019 dan syarikat tersebut kini bersedia untuk melancarkan single baharu pertama oleh Jannince Weigel berjudul Passcode hari ini. 

airasia

Single Passcode merupakan projek yang sangat bermakna bagi Jannine, Tan Sri Tony serta pasukan RedRecords. Rakaman dibuat bermula semasa tempoh COVID-19 dengan kerjasama beberapa nama besar dalam industri muzik. 

Jannince Weigel

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Kumpulan AirAsia terus berinovasi walaupun ketika operasi syarikat penerbangan kami terjejas akibat COVID-19. Justeru, kami cuba merebut peluang untuk meningkatkan perniagaan-perniagaan lain, termasuklah sektor kandungan yang akan memainkan peranan penting dalam peralihan kami sebagai sebuah syarikat digital dengan super app yang pesat berkembang, dan tentunya syarikat rakaman RedRecords.”

“Saya teruja untuk menyaksikan pelancaran single pertama oleh syarikat ini bersama rakan kongsi kami di Universal Music Group bersama seorang penyanyi yang amat berbakat seperti Jannine Weigel dengan single baharu beliau, Passcode

“Single baharu ini menandakan kewujudan genre baharu bagi muzik Asia pop dan saya yakin telah tiba masanya untuk “A-Pop” dikenali dan RedRecords menjadi pemacu genre ini.”

Dihasilkan oleh penerbit yang dicalonkan oleh Anugerah Grammy, Tommy Brown yang terkenal dengan hasil kerjanya bersama Ariana Grande, Chris Brown, Fifth Harmony dan ramai lagi, Passcode merupakan sebuah lagu berentak pantas. Lagu tersebut turut dihasilkan bersama penulis lagu yang juga penyanyi Jessie Reyez dengan rangkap korus yang  mudah diingati.

Selain itu, ia juga dihasilkan dan ditulis bersama John O, bekas penyayi utama kumpulan pop Malaysia Paperplane Pursuit yang kini merupakan Pengurus A&R RedRecords. Beberapa bakat Allstars AirAsia juga membuat kemunculan bersama Jannine dalam muzik video Passcode. 

Jannince Weigel

Ketua Pegawai Eksekutif RedRecords Hassan Choudhury berkata, “Berdasarkan pengalaman saya dan Tony sendiri dalam industri muzik dan hiburan, kami memang melihat potensi Jannine untuk menempa nama besar di dunia muzik sejak pertama kali mengenalinya. 

“Dengan cita-cita yang kami ada bersama RedRecords dan juga sumber pemasaran global yang luas, Jannine merupakan pilihan yang tepat bagi artis pertama kami.”

Passcode kini tersedia di semua platform digital hari ini, sila rujuk di sini untuk Jannine Weigel – Passcode (video muzik rasmi).  

Siapakah Jannine Weigel? 
Dilahirkan di Steinfurt, Germany, Jannine berpindah ke Thailand ketika berusia 10 tahun. Personaliti menarik Jannine telah membantu beliau mencapai populariti di media sosial. Beliau mempunyai 3.6 juta pengikut di YouTube, 3.2 juta pengikut di Facebook, 1.7 juta di Instagram dan lebih 500,000 di TikTok.   

Ikuti Jannine di Instagram, Tiktok dan Facebook @jannineweigel

Apakah RedRecords?
Ia merupakan kerjasama antara AirAsia dan Universal Music Group. Syarikat ini komited untuk mencungkil bakat baru di ASEAN, mengembangkan artis-artis di Asia dan meletakkan muzik pop Asia di platform global. 

Di Amerika Syarikat, RedRecords bekerjasama dengan Def Jam Recordings untuk mengedarkan lagu-lagu Jannine. Def Jam merupakan label ikonik dengan artis-artis ternama seperti Kanye West, Justin Bieber dan Alessia Cara yang akan terus melakar sejarah dalam muzik. Passcode hanyalah permulaan bagi Jannine Weigel dan RedRecords.  

Bagaimanakah langkah ini bersesuaian dengan AirAsia? 
Syarikat penerbangan AirAsia dan RedRecords adalah milik syarikat induk yang sama iaitu Kumpulan AirAsia yang juga memiliki perniagaan lain seperti seperti kargo Teleport, super app airasia.com, restoran Santan dan teknologi kewangan BigPay. 

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

puteri sarah liyana syamsul

Puteri Sarah Unfollow IG Syamsul Yusof, Didakwa Ke Pejabat Agama

Wany Hasrita Kongsi Video Terima Kunci Rumah Baru di Youtube