in , ,

Wanns Ahmad Mohon Maaf Muat Naik Video Tak Elok

Terlajak perahu boleh diundur, tetapi kalau terlepas kata atau penulisan di media sosial boleh dipadamkan walaupun masih melekat di hati pembaca. Namun, selebriti ini telah pun memohon maaf. Semoga jadi pengajaran buat kita semua.

Penyanyi dan pelakon, Wanns Ahmad tampil memohon maaf atas tindakan memuat naik video berunsur tak elok di Instagram (IG) semalam.

Artis berusia 31 itu dalam satu entri di media sosial berkata, tindakan memuat naik video tersebut adalah satu kesilapan yang berlaku akibat salah faham antara dia dan pembantu peribadinya bernama Syed.

“Saya Wanns Ahmad ingin memohon maaf di atas video review berunsur tak elok di IG saya semalam.

“Ia adalah satu kesilapan dek kerana miss communication (salah faham) antara saya dan PA, Syed.

“Saya berjanji ia tidak berulang lagi, terima kasih,”

– Wanns Ahmad

Penyanyi lagu Terus Mencintaimu itu bagaimanapun telah segera memadam video tersebut dari IG bagi mengelakkan ia ditonton ramai dan menjadi tular.

Meninjau ruangan komen, beberapa netizen akui terkejut melihat perkongsian video yang dimaksudkan itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Daniel Craig | 17

Nokia X20 Kini Dijual di Malaysia Dengan Harga RM1599

Janna Nick | 18

Janna Nick Dedah Dengar Lima Suara Dalam Kepala Sepanjang Hari