in , ,

“InsyaAllah Bekalan Alam Kubur Daddy & Mommy,” – Anak Amar Baharin Rajin Ikut Solat

Wah! Pejam celik pejam celik, anak kepada Amar Baharin yang bernama Anaqi sudah membesar dengan jayanya. Comel je dah pandai dan rajin mengikut untuk turut solat berjemaah. Bagus betul.

Dalam rumahtangga dan mendidik anak, pastinya setiap ibu bapa mahu memberikan didikan terbaik buat anak-anak dengan harapan si kecil bakal menjadi insan yang berjaya serta taat kepada agama.

Begitulah yang diterapkan sendiri oleh pelakon popular Amar Baharin untuk mendidik anaknya khususnya dalam menjaga solat. Satu perkongsian di akaun Instagram, Amar Baharin ada berkongsi cerita mengenai anak pertamanya, Aqeef Anaqi.

Kini, Anaqi yang baru mencecah usia 4 tahun kini mulai rajin mengikuti solat. Wah! Bagus betul! Amar tak lupa untuk mendoakan semoga anak-anaknya menjadi anak soleh dan solehah.

"InsyaAllah Bekalan Alam Kubur Daddy & Mommy," - Anak Amar Baharin Rajin Ikut Solat

“Anak soleh Daddy @aqeefanaqi ni rajin nak ikut solat kat rumah nenek dia. Insyaallah bekalan utk alam kubur Daddy n Mommy nanti. Ya Allah jadikan anak2 kami anak yang soleh dan solehah dan jadi penghafal Al-Quran amin,”

– Amar Baharin
"InsyaAllah Bekalan Alam Kubur Daddy & Mommy," - Anak Amar Baharin Rajin Ikut Solat

Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga sekitar November 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Arysaa, setahun.

Semoga pasangan ini terus bahagia hingga ke syurga. Amin. 

"InsyaAllah Bekalan Alam Kubur Daddy & Mommy," - Anak Amar Baharin Rajin Ikut Solat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Baik Bengap Daripada ‘Sakit’, Dah Tua-Tua Saiko!” – Rita Rudaini Tempelak Penerbit Teater

SAJAT

‘Wan Besi’ Nafi Bantu Sajat Lari Ke Thailand, Rupanya Ini Pekerjaan Sebenar