in

Wali Band Pilih Malaysia Lancar Album Doain Ya Penonton

Tanggal 2 Mei yang lalu, telah berlangsung Majlis Pelancaran Album Terbaru Wali Band di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Wali Band telah memilih Malaysia untuk melancarkan album ke-4 yang berjudul ‘Doain Ya Penonton’. Ini bermakna, album ini telah dilancarkan terlebih dahulu di negara ini sebelum sebelum Indonesia. Menurut Apoy dia percaya bahawa peminat mereka di Indonesia tidak akan berkecil hati dengan pemilihan mereka untuk melancarkan album di negara ini terlebih dahulu.

wali band

“Kami percaya dan yakin bahawa peminat kami di Indonesia tidak akan merasa kecil hati malah berbangga kerana kami berjaya menembusi pasaran luar. Lagipun dalam industri muzik kita masih berada dalam satu rumpun dan meminati muzik yang sama… Kami rasa ia tidak menjadi masalah bagi peminat kami di sana.”

Memilih Malaysia sebagai tempat pelancaran album adalah disebabkan kerana kekerapan kunjungan kumpulan yang popular menerusi lagu Cari Jodoh di negara ini.

“Kami sering berkunjung di negara ini bahkan kami melihat sambutan terhadap muzik kami juga agak memberangsangkan. Selain itu, kami juga ingin memenuhi permintaan Para Wali (gelaran peminat) di sini kerana sebelum ini ramai yang menyatakan mereka mahu kami lancarkan album di Malaysia.”

Mengulas mengenai penghasilan album, Apoy menjelaskan bahawa lirik dalam beberapa buah lagu telah dihasilkan mengikut perbincangan dengan peminat-peminat di Malaysia, Indonesia dan Singapura.

“Kami ingin mencari bahasa yang mudah untuk difahami jadi kami telah mengadakan perbincangan bersama peminat-peminat untuk mendapatkan kepastian… Sebagai contoh‘nekad’ dan ‘jamin’ di mana ia membawa maksud yang sama.”

‘Doain Ya Penonton’ yang mengambil masa selama empat bulan untuk dihasilkan ini telah memuatkan sebanyak 11 buah lagu antaranya ‘Indonesia Juara’, ‘Serpihan Hatiku’, ‘Cinta Diujung Nafas’ dan ‘Doain Ya Penonton’.

Album ini juga mempertaruhkan single pertama berjudul ‘Jamin Rasaku’.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Untuk Beli Tiket Konsert Wings Versi Tanpa Distortion

Persembahan Cakra Khan di Konsert Kilauan Emas Musim 4