in

Persembahan Cakra Khan di Konsert Kilauan Emas Musim 4

Malam ni akan berlangsung Siaran Langsung Konsert Kilauan Emas Musim 4 yang bertemakan Rock & Dangdut. Budiey dapat khabar, ada persembahan istimewa dari artis-artis jemputan minggu ini seperti Cakra Khan, Haiza, Herman Tino, Isa Gravity, Blank Gamma, Nai Dinamik dan Adi Wow. Dah tentu ada lagu-lagu rock kapak la kan?

Cakap pasal Cakra Khan, terlebih dulu pada sebelah petang, penyanyi Harus Terpisah ini akan melancarkan album terbaru di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Budiey akan turut berada di sana untuk mendengar lima buah lagu yang akan didendangkan oleh Cakra Khan. Nantikan video-video persembahan beliau di Youtube Channel Budiey.com ya. Jangan lupa untuk SUBSCRIBE! Klik SINI.

Cakra-Khan

Minggu lalu, Budiey masih ingat, konsert minggu kedua yang bertemakan Runut Bunyi & Irama Malaysia pada minggu lalu menyaksikan dua penyingkiran telah dilakukan. Sedih gak tengok makcik kita ni kena singkir. Peserta tunggal berbangsa Cina, LEEWAH ataupun nama sebenarnya Tan Lee Wah, 43, yang berasal dari Perak dan HAYATI atau nama sebenar Habsah Rohayati Ahmad, 47, dari Pahang merupakan dua peserta yang telah diumumkan tersingkir pada minggu lalu. Nasib menyebelahi peserta yang bernama JOI kerana masih terselamat dan kekal walaupun pada mulanya nama beliau diumumkan berada di tangga tiga terbawah.

Siaran Langsung Konsert Kilauan Emas Musim 4 (Minggu Ketiga) pada malam ni akan berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Bagaimana pula dengan nasib 11 otai yang masih kekal pada minggu ini yang bertemakan Rock & Dangdut? Siapakah di antara Wakgan, Ben, Joi, Nas, Zain, Nordin, Arip, Silva, Aziana, Maya dan Raida yang bakal memikat hati juri tetap iaitu Dato’ Haji Ramli MS, Ziana Zain & Dato’ Hattan? Sama-sama kita saksikan kelak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wali Band Pilih Malaysia Lancar Album Doain Ya Penonton

The Amazing Spider-Man 2 Kutip 1.2Bilion Untuk Empat Hari Tayangan