in ,

Que Haidar Kembali Dengan MISTERI JALAN LAMA

Que Haidar Kembali Dengan MISTERI JALAN LAMA

Sebelum Que Haidar membuat keputusan untuk bersara dari bidang lakonan, pelakon berkaliber ini sempat berlakon sebuah filem bersama Tayangan Unggul Sdn Bhd berjudul Misteri Jalan Lama (MJL). Filem yang ditunggu-tunggu oleh penonton tanah air setelah Que mengambil keputusan untuk bersara. Kali terakhir membuat kemunculan menerusi filem Lagenda Budak Setan.

Selain Que Haidar antara pelakon yang terlibat adalah Hans Isaac, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Nasir Bilal Khan, Afdlin Shauki, Vanida Imran , Marion Counter, Namron, Liyana Jasmay, Sari Yanti, Sabrina Hassan, Adam Corrie Lee, Sobri Anuar, Yalal Chin. Jika sebelum ini Afdlin lebih terarah kepada filem komedi, tetapi kali ini beliau tampil membuat kelainan dengan filem Fantasi Drama.

Misteri Jalan Lama

Membawakan watak Ilya, bergandingan dengan Hans Isaac (Indra) sebagai pasangan adik-beradik yang berseteru lebih dari 15 tahun. Apabila kematian ayah mereka, mereka berjumpa demi melunaskan wasiah arwah bapa mereka. Pelbagai kejadiah aneh yang berlaku sepanjang penerokaan mereka melalui jalan lama.

Tengku Iskhan Shah Bin Tengku Haidar atau lebih dikenali sebagai Que Haidar merupakan salah seorang pelakon terbaik di Malaysia. Dia yang dilahirkan pada 30 Mei 1979 di Felda Taib Andak, Kulai, Johor merupakan bekas pelajar Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang berkecimpung dalam dunia teater sebelum terjun ke layar perak. Penampilan pertamanya di kaca TV adalah menerusi drama Toll Gate Girl arahan Osman Ali dan diterbitkan oleh Tiara Jacquelina pada tahun 2001 ketika berusia 23 tahun bersama aktres Amy Mastura & Rita Rudaini. Filem pertama lakonan beliau berjudul Haru Biru arahan Shadan Hashim pada tahun 2004 namun hanya pada tahun 2007 filem itu ditayangkan.

Debut beliau di layar perak adalah menerusi filem KL Menjerit 1 pada tahun 2005 yang terus meledakkan nama beliau. Filem-filem popular beliau adalah Zombie Kampung Pisang, Castello, Cinta, Setem dan banyak lagi. Populariti Que di layar lebar dibuktikan dengan kemenangan 2 tahun berturut di Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk kategori Pelakon Filem Lelaki Popular (ABPBH) pada tahun 2008 dan 2009. Que juga pernah memenangi 2 buah trofi kategori lakonan terbaik di Anugerah Skrin TV3 menerusi dua buah drama TV lakonannya Tuhan Pun Tahu(2007) & Terlerai Takbir Kasih(2009). Di Festival Filem Malaysia beliau pernah dianugerahkan Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem Castello serta 2 kali dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik (FFM19) menerusi filem KL Menjerit 1. Manakala bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dia pernah dicalonkan bagi filem Castello(FFM19) Papadom. (FFM22) dan Lagenda Budak Setan (FFM23).

Misteri Jalan Lama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KL Tower International Jump Malaysia 2011

Gambar Anzalna Nasir di Open House Media Prima