in , ,

Wafer Emas 999 Edisi Terhad Disney Frozen Kolaborasi Antarabangsa

Buat julung kalinya, jenama barangan kemas tempatan HABIB melebarkan lagi sayap perniagaannya dengan menjalinkan kerjasama dengan jenama antarabangsa, Disney, yang tidak perlu diperkenalkan lagi yang begitu diminati ramai, bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak, malah yang dewasa turut meminatinya.

Frozen, filem animasi Disney dengan kutipan sepanjang zaman ketiga tertinggi dunia menjadi inspirasi ramai dengan jalan cerita yang kreatif dan mesej-mesej yang positif yang menyentuh hati. Kedua-dua jenama HABIB dan Disney mengutamakan kreativiti, kualiti, nilai kebahagiaan dan kasih sayang sesama manusia. 

Berteraskan ciri-ciri ini, HABIB mengeluarkan satu lagi koleksi yang begitu istimewa dan unik. Set Eksklusif Wafer Emas 999 Edisi Terhad Frozen Disney x HABIB menampilkan tiga karakter utama – Elsa, Anna dan Olaf – dilancarkan bersempena kerjasama ini. Tiga watak ini membawa nilai sentimen yang positif, memupuk keperibadian yang baik, kasih sayang kekeluargaan dan persahabatan. 

Set koleksi ini dilengkapi dengan kotak eksklusif yang diikat cantik sesuai untuk dijadikan hadiah mahupun koleksi peribadi.  Wafer emas ini boleh dibeli secara individu dengan harga RM118 ataupun satu set dengan harga RM354.

Koleksi Wafer Emas 999 Edisi Terhad Frozen Disney x HABIB tampil dengan rekaan unik, menampilkan karakter Anna, Elsa dan Olaf daripada filem animasi Frozen

Koleksi Eksklusif Wafer Emas 999 Edisi Terhad Frozen Disney x HABIB kini tersedia dia laman e-dagang HABIB serta di platform Shopee dan Lazada, serta di serata bilik pamerannya. Untuk maklumat lanjut berkenaan koleksi wafer emas atau kolaborasi HABIB dan Disney, sila layari laman sesawang HABIB www.habibjewels.com atau ikuti media sosial HABIB di Instagram @habibjewelsofficial dan Facebook @HABIB. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telefilem ‘KARI AYAM MAMA’ & ‘KERANA SETITIK SUSU’ Isi Slot Kuasa 3 Malam 

Jumpa Jarum & Syiling Pelik, Da’i Syed Terkena Sihir