in

Jumpa Jarum & Syiling Pelik, Da’i Syed Terkena Sihir

Menurut Syed, sihir tersebut dihantar oleh seorang wanita menyebabkan dirinya seperti tertekan, malas dan serabut. Disebabkan itu juga, dia menjadimalas bekerja dan tidak boleh tidur malam.

“Ya, saya ada pergi berubat, ustaz kata saya kena gangguan dan saya diberikan air bacaan surah Yasin dan air garam. Gangguan itu menjadikan saya stress, malas kerja, kusut kepala, tak boleh bagi komitmen sebab terlalu serabut dan tak boleh tidur malam.

“Rawatan itu saya lakukan bersama tiga ustaz berdekatan rumah saya, Kajang dan salah seorang lagi melalui atas talian,” katanya.

Kata Syed lagi, gangguan itu bermula pada Februari lalu seleaps dia menemui jarum di dalam bilik tidurnya. Malah, adiknya juga turut terjumpa duit syiling pelik di depan rumah.

“Ustaz kata yang hantar perempuan, tapi lebih baik saya tak tahu siapa. Sebelum ini saya jumpa jarum di dalam bilik dekat rak baju saya. Peliknya sebab jarum tu tak pernah ada situ, tiba-tiba terjumpa. Adik saya jumpa duit syiling dan dia ambil.

“Lepas tu saya hubungi ustaz untuk scan rumah saya, katanya dalam bilik, depan rumah dan dalam kereta ada ‘benda’ itu. Dia bagi kita rasa malas, sekat tak bagi kita kerja,” katanya.

Agaknya wanita manalah yang tidak berpuas hati atau mungkin berdendam dengan Da’i Syed. Semoga dipermudahkan urusan Da’i Syed.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Klinik Ct Vet Di Johor Bahru | 20

Klinik CT Vet di Johor Bahru Ajak Jaga Haiwan Dengan Baik

Sugarbomb

Kolaborasi SugarBomb x Digi ‘Mengganas’, Sertai Peraduan SugarBomb x Digi Scan & Win