in ,

Telefilem ‘KARI AYAM MAMA’ & ‘KERANA SETITIK SUSU’ Isi Slot Kuasa 3 Malam 

Menerusi slot Kuasa 3 Malam di saluran TV9, saksikan dua telefilem baharu yang dibintangi oleh barisan pelakon hebat tanah air pada 23 & 30 November ini!

Ingin tahu sebab Amyra Rosli dan Izzue Islam bergaduh demi pokok daun kari? Izara Aishah dan Azlee Khairi gigih belajar bisnes menjual susu? Pastikan anda tidak terlepas janji temu dengan TV9 untuk menyaksikan dua  telefilem menarik ini!

Kari Ayam Mama, 23 November 2021, 9.30 malam 

Pelakon: Amyra Rosli, Izzue Islam, Datuk Rahim Razali, Melanie Tan, Ranjini.

Sinopsis: Kisah romantik komedi ini mengisahkan Nia dan jiran barunya Rash. Nia seringkali bergaduh dengan jiran baharunya itu bermula dari insiden Rash dituduh mencuri daun kari miliknya. Nia menjaga atuknya yang menghidap penyakit Alzheimer. Nia tidak boleh menerima kehadiran mana-mana lelaki dalam hidupnya selepas kematian suaminya. Namun, kehadiran Rash telah mengubah perasaan Nia. Untuk mengambil hati Rash, Nia cuba menjamu Rash dengan hidangan kari ayam istimewa.

Kerana Setitik Susu, 30 November 2021, 9.30 malam

Pelakon: Izara Aishah, Azlee Khairi

Sinopsis: Nuh, seorang penganggur mula mengembala dan menjaja susu kambing demi mendapatkan upah sebotol susu kambing setiap hari untuk merawat sakit ibunya. Namun akhirnya ibunya meninggal dunia dan Nuh telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kehidupan. Nuh mencuba pelbagai pekerjaan dan dia berkenalan dengan Mia, seorang wanita yang baru diceraikan suaminya. Walaupun Mia seorang pemalu dan kurang keyakinan diri tapi dia bersungguh-sungguh untuk bangkit dan menyara diri. Kesungguhan Mia untuk melariskan jualannya membuatkan Nuh kagum dengan semangatnya. Nuh dan Mia mula menghadiri kursus keusahawanan, mempelajari cara-cara menjual susu secara atas talian dan mencuba sedaya mungkin untuk mencapai target bulanan. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ACHIK ROSLAN

Achik Roslan Tampil Single Terbaru Selepas ‘I LOVE YOU I MISS YOU’ Bersama Ukays

Wafer Emas 999 Edisi Terhad Disney Frozen Kolaborasi Antarabangsa