in , ,

Aliff Hadi Seronok Jadi Hos Program MAKAN DI MANA

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton salurannya menjelajah ke seluruh Lembah Klang untuk mencari restoran yang menyajikan makanan luar negara dalam program bertajuk “Makan di Mana” mulai 19 Januari ini, setiap Sabtu, pukul 8.30 pagi di TV Okey (Astro 109).

Bersama-sama hos Aliff Hadi, 13 episod program ini mengembara mencari restoran dan makanan dari pelbagai negara luar yang terdapat di Malaysia. Pastinya ia peluang terbaik kepada orang ramai yang ingin mencuba keunikan dan kelazatan makanan utama sesebuah negara tanpa perlu pergi ke negara tersebut. Bukan sahaja sebuah restoran dipilih sebaliknya beberapa restoren diperkenalkan dengan menu utama negara tertentu.

Poster Makan Di Mana

Kembara MAKAN DI MANA memperkenalkan penonton lokasi restoren menghidangkan menu istimewa negara Itali yang tidak asing lagi. Aliff Hadi, ke restoran Itali yang menarik terletak di Jalan Yap Kwan Seng. Restoran ini mempunyai pizza makanan laut yang segar dan tanpa rasa hangit.

Kenali Menu 13 Negara Dalam MAKAN DI MANA Bersama Hos Aliff Hadi di TV Okey (Astro 109)

Selain itu, suasana restoran ini juga senyap dan nyaman. Seterusnya, ke restoren terletak di Pavillion juga disyorkan kerana makanan pencuci mulut, “Choc Sper” yang istimewa dan burger mini yang comel.

Ia akhiri perkongsian makanan Itali enak di Curve diperkenalkan kepada penonton kerana pizza dan spageti yang sedap. Tambahan pula, petua memasak makanan Itali juga dipaparkan dalam program ini.

Makandimana-S1-E11A-1-Thumbnail

Seterusnya Aliff Hadi, ke beberapa buah restoran Jepun yang istimewa di Malaysia. Maksud restoran pertama dikunjungi ini ialah “Dapur” dalam masyarakat Jepun. Terdapat dua hidangan yang terkenal di restoran ini iaitu Ayam Tepayaki dan Katsu Bento.

Restoran kedua disyorkan pula membawa maksud restoran ini adalah orang suka datang ke restorannya. Antara hidangan dipaparkan ialah Ayam Katsu Don, Chawan Mushi, Osaka Okanami, Tokyo Ramen dan sup ayam di mana sup unik yang turun-temurun dari masyarakat Jepun. 

Seterusnya, ke restoran yang terletak di Jalan Klang Lama di mana restoran bermakna “Rumahku”. Suasananya yang tenang dengan lagu aruna-aruna dari negara Jepun. Salah satu keisitimewaan hidangannya ialah Foie Grass Teriyaki (Hati Angsa yang diimport dari Perancis). Selain itu, terdapat pencuci mulut tradisi negara Jepun iaitu Mizo Hiromichi (puding) dan Abekanla Mochi. Semua bahan-bahan masakan restoran ini diimport dari negara Jepun. Oleh itu, kualiti terjamin dan rasa asli Jepun dapat dikekalkan.

Teringin mencuba masakan Indonesia di Malaysia yang terkenal dengan makanan pedas? Hos bermula dengan restoran di Bandar Kinara yang menyediakan hidangan seperti Tempe Mendan, Udang Petai Berlada, Ikan Talapia Goreng Kipas, Nasi Liwet, Sup Tulang Lembu dan Sotong Goreng Rangup. Pencuci mulut yang unik ialah Pisang Keju dan Es. Durian (durian yang dihidangkan di dalam kelapa). 

Makandimana-S1-E8-2-Thumbnail

Seterusnya ke restoran kedua di Jalan Chow Kit. Makanan yang pedas disediakan sehingga pengacara berpeluh selepas makan. Pencuci mulut yang berkhasiat ialah Es Teler di mana ia terkandung isi kelapa, isi buah nangka, isi buah Avokado, Santan yang berasa segar sesuai untuk semua golongan masyarakat Malaysia. Akhirnya, restoran terkenal dengan kuah sate yang pekat serta dicurahkan di atas sate. Keistimewaan dikongikan kerana di sini sate dimakan bersama dengan nasi dan bukannya ketupat.

Ikuti banyak lagi perkongsian menu istimewa termasuklah makanan Arab, Perancis, Vietnam dan Thailand yang patut dicuba dalam program ini di TV Okey. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dah Buat Teaser, Tapi Nabila Razali Kecewa Tak Ramai Tonton VROOM VROOM

Saya Bertuah Jadi Saksi Pemasyhuran Sultan Pahang – Siti Nurhaliza