in ,

Vokalis Kumpulan Rock Menara Dino Meninggal Dunia

Vokalis kumpulan rock Menara yang popular pada era 1990-an, Dino meninggal dunia di Hospital Kota Belud, Sabah, malam tadi, akibat gastrik.

PENYANYI 1990-an yang terkenal dengan lagu Sayang, Dino Menara disahkan meninggal dunia pada pukul 10.46 malam Khamis di Hospital Kota Belud, Sabah selepas mengalami sakit perut akibat gastrik. Anak saudara Allahyarham Dino, Sara Feramona memberitahu, Dino atau nama sebenar, Rafdin Mensing, 51, dimasukkan ke hospital malam tadi, selepas mengadu sakit perut.

“Arwah mengadu sakit perut sejak seminggu lalu, tetapi berkeras tidak mahu ke hospital. Selepas melihat keadaan semakin teruk, dia dibawa ke hospital oleh isteri dan adik ipar, malam tadi,”

– Sara Feramona

Sara berkata, proses pengebumian arwah diuruskan isteri manakala ahli keluarga yang lain berada di rumah bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) akibat penularan COVID-19.

Vokalis Kumpulan Rock Menara Dino Meninggal Dunia
Band yang dianggotai Nuar sebagai pemain gitar utama, Yen (bass), dan Lee (dram) merakamkan banyak lagu hit antaranya Bicara Sepi, Antara Wajah-Wajah Sayang, Memori Cinta Semalam dan Biarku Sendiri.

Kumpulan rock, Menara mencipta populariti menerusi lagu Sayang.

Selain Sayang, Allahyarham Dino yang merupakan vokalis kumpulan Menara pernah popular dengan lagu rock Melayu antaranya Memori Cinta Semalam dan Dalam Emosi Cinta.

Vokalis Kumpulan Rock Menara Dino Meninggal Dunia

Band yang dianggotai Nuar sebagai pemain gitar utama, Yen (bass), dan Lee (dram) merakamkan banyak lagu hit antaranya Bicara Sepi, Antara Wajah-Wajah Sayang, Memori Cinta Semalam dan Biarku Sendiri.

Pada era kegemilangan, Menara menghasilkan tiga album studio ialah Mitology yang dihasilkan pada 1990, Korona (1993) dan Cleopatra (1994).

Vokalis Kumpulan Rock Menara Dino Meninggal Dunia

Allahyarham Dino yang lebih dikenali sebagai Dino Menara, meninggalkan balu dan empat anak.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taun Gusi, Kota Belud, petang tadi.

Salam takziah dari Budiey Channel buat seluruh keluarga Allahyarham, semoga ruh arwah tenang dan diletakkan di kalangan golongan orang yang beriman. Amin.

Al-Fatihah….. (Dibaca…)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alvin Anthons Profile | 23

The Nite Nite Show with Alvin Anthons Penanda Aras Dunia Pengacaraan di Malaysia

Salah ‘Mendarat’, Kaki Nadia Brian Cedera di lokasi