in ,

Salah ‘Mendarat’, Kaki Nadia Brian Cedera di lokasi

Beraksi dengan ular dan kala jengking, tiada masalah. Namun, sudah takdir, main badminton pula buat hal.

Itulah yang berlaku kepada pelakon filem Ratu Kala Jengking, Nadia Brian yang tercedera ketika bermain badminton ketika menunggu giliran berlakon di set penggambaran drama bersiri Rudy vs Jolie di Kuantan, Pahang, kelmarin.

Berikutan insiden itu, kaki kiri Nadia retak hingga dia perlu berkerusi roda. Menceritakan kejadian itu, Nadia berkata, ketika bermain badminton, dia melompat, tetapi apabila ‘mendarat’, posisi kakinya tidak betul.

“Saya salah ‘mendarat’ hingga kaki terseliuh. Selepas satu jatuh, kru produksi membawa saya ke klinik berhampiran.

Doktor beritahu tisu kaki saya cedera atau boleh dikatakan retak.

“Teruk juga keadaannya hingga kaki jadi biru. Hendak bergerak pun saya perlu memakai kerusi roda. Tapi selepas berurut sebentar tadi, kurang sikit rasa sakitnya,”

– Nadia Brian
Salah 'Mendarat', Kaki Nadia Brian Cedera di lokasi
Shuhaimi menemani Nadia yang mendapatkan rawatan selepas kakinya terseliuh akibat terjatuh ketika bermain badminton, kelmarin. Foto IG Shuhaimi Lua

Nadia reda dengan insiden itu biarpun kali pertama ditimpa kemalangan di tempat kerja. Namun, Nadia terkilan tidak dapat meneruskan penggambaran drama arahan Shuhaimi Lua itu.

Tambah Nadia, dia diberi cuti rehat selama lima hari.

“Saya sangat berterima kasih Shuhaimi kerana faham keadaan saya. Ini termasuk kru dan pelakon lain yang bertimbang rasa menyusun semula jadual penggambaran disebabkan babak saya ditarik sementara waktu.

“Mereka meneruskan penggambaran untuk babak lain yang tidak membabitkan saya. Saya akan kembali ke set penggambaran sebaik kaki sembuh,” katanya.

– Nadia Brian

Nadia berharap kakinya cepat pulih agar penggambaran dapat diselesaikan segera.

“Sudahlah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan penggambaran tertangguh, kemudian, saya pula terseliuh sehingga terpaksa menyusun balik jadual, jadi sedikit sebanyak rasa bersalah.

“Sudahlah produksi kejar masa untuk cepat siap kerana banyak stesen televisyen (TV) menyiarkan drama lama. Kalaulah saya lebih berhati-hati… Namun, itulah benda hendak jadi,” katanya.

– Nadia Brian

Selain Nadia yang memegang peranan sebagai Jolie, drama bersiri 20 episod itu membariskan Aidit Noh, Sharifah Husna, Raja Azmi dan ramai lagi.

Selepas ini, Nadia akan menjayakan drama untuk slot Samarinda TV3, berjudul Aku Yang Kau Gelar Isteri.

“Alhamdulillah, jadual saya penuh dengan penggambaran. Selepas ini, saya mahu mencari tawaran berlakon filem kerana rindu dengan layar perak.

“Selepas menonton filem Shift Malam Raya yang ditayangkan di Astro First pada PKP, bertambah rasa rindu,” katanya.

– Nadia Brian

Semoga Nadia Brian cepat sembuh.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vokalis Kumpulan Rock Menara Dino Meninggal Dunia

Filem KELUARGA ISKANDAR THE MOVIE Bakal Ditayangkan di Astro First