in , ,

Vivy Yusof Sah Hamil Anak Ke-4, Sempat Usik Suami Bayi Akan Menyerupai Wajahnya

Usahawan terkenal dan pengasas jenama FashionValet, Vivy Yusof, 33, mendedahkan dirinya kini hamil. Tahniah bakal melahirkan anak ke-4.

Berita gembira itu dikongsi oleh Vivy menerusi akaun Instagram miliknya sebentar tadi. Ketika menyampaikan berita tersebut, Vivy sempat mengusik, bahawa bayi yang bakal dilahirkan bakal menyerupai wajah suaminya.

Vivy Yusof Sah Hamil Anak Ke-4

“Maybe this one will look like you, @fadzaanuar. 😂 Say hello soon to Baby No. 4, everyone. #alhamdulillah!” (Mungkin yang ini mirip wajah kamu @fadzaanuar, Ucap hello kepada bayi kami nombor 4 nanti, alhamduliah!)’-tulisnya di Instagram

Berita tersebut ternyata mengejutkan peminatnya termasuklah beberapa orang selebriti tempatan. Manakala ruangan komen entri berkenaan juga mula dihujani dengan ucapan tahniah dan doa buat ibu kepada 3 orang anak ini.

Vivy Yusof Sah Hamil Anak Ke-4

Vivy dan suaminya Datuk Fadza Anuar itu telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan telah dikurniakan tiga  cahaya mata Daniel Azim Shah, 8,  Mariam Iman Shah, 6 tahun dan Sarah Ilham Shah 3 tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berbentuk ‘Crewmate’ Among Us, Nugget BTS Meal Ini Kini Dibida Sampai Setengah Juta!

“Nak #tetapbangga Apa Dengan Laknat Allah,” PU Syed Hentam LGBT