in ,

Berbentuk ‘Crewmate’ Among Us, Nugget BTS Meal Ini Kini Dibida Sampai Setengah Juta!

Menu ‘world tour’ kolaborasi antara McDonalds bersama kumpulan K-Pop BTS telah mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan peminat BTS di negara kita bahkan di seluruh rantau Asia Tenggara.

Berikutan pembungkusan makanan The BTS Meal yang unik dan berwarna unggu sinonim dengan kelab peminat Army BTS, ada juga antara mereka yang sanggup menjual semula pembungkusan set makanan ini di Carousell dan Shopee untuk dijadikan punca pendapatan.

Dalam pada itu, bukan sahaja pembungkusan The BTS Meal bahkan ada juga penjual yang mahu menjual semula sekeping Chicken McNugget dalam set The BTS Meal di eBay. Uniknya, bentuk McNugget ini bukan seperti biasa kita lihat tetapi secara kebetulan ia terhasil persis karakter crewmate dalam aplikasi permainan dalam talian Among Us.

Berbentuk ‘Crewmate’ Among Us, Nugget BTS Meal Ini Kini Dibida Sampai Setengah Juta!

Chicken McNugget ‘Among Us’ ini sedang dijual secara bidaan di eBay. Setakat artikel ini ditulis, seramai 160 orang pembida telah membida untuk membeli McNugget ini dan harga bidaan yang paling tinggi dicatatkan setakat ini telah mencecah sebanyak USD99,800 (~RM513,545).

CHICKEN MCNUGGET AMONG US YANG COMEL. KREDIT: EBAY

Penjual turut menyertakan penerangan bahawa McNugget ini dijangka hanya mampu bertahan selama 14 hari dan akan segera dihantar kepada pembida yang bertuah sebelum ia tamat tempoh.

McNugget yang unik ini akan dibungkus menggunakan pembungkusan kedap udara bagi mengekalkan ‘kesegarannya’ dan  dihantar menggunakan perkhidmatan penghantaran kelas pertama USPS.

Berbentuk ‘Crewmate’ Among Us, Nugget BTS Meal Ini Kini Dibida Sampai Setengah Juta!

Pakej pembelian ini turut disertakan sekali dengan sos legenda Szechuan Sauce sekiranya pembeli mahukannya. Acara lelongan untuk membida Chicken McNugget Among Us ini akan berakhir dua hari sahaja lagi di halaman eBay.

Walau bagaimanapun, sedikit kecewa bagi peminat Army BTS di Malaysia kerana jualan lelongan McNugget ini tidak ditawarkan untuk penghantaran ke Malaysia. Jika diberi peluang, sanggupkah anda sebagai Army BTS di Malaysia untuk membida Chicken McNugget Among Us ini?

*Sumber: The Vocket

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Didakwa ‘Menghina’ Blackpink Dan Seksualkan Wanita, Peminat Tuntut Namewee Minta Maaf

Vivy Yusof Sah Hamil Anak Ke-4, Sempat Usik Suami Bayi Akan Menyerupai Wajahnya