in , ,

vivo Malaysia Bakal Bawa Masuk vivo V23e, Sebuah Telefon 5G Baharu

Berdasarkan kemaskini di laman web rasmi vivo Malaysia, model yang bakal masuk ke Malaysia tidak lama lagi adalah vivo V23e. Ia bakal dilancarkan sekitar pertengahan minggu hadapan.

Tahun 2021 hanya berbaki kurang sebulan tapi nampaknya vivo tak nak bertangguh lagi untuk mengumumkan kedatangan model baru untuk pasaran tempatan.

Berdasarkan kemaskini di laman web rasmi vivo Malaysia, model yang bakal masuk ke Malaysia tidak lama lagi adalah vivo V23e. Ia bakal dilancarkan sekitar pertengahan minggu hadapan.

vivo-v23e

Apa yang anda perlu tahu, model ini dah pun dilancarkan di negara jiran kita seperti Vietnam dan Thailand. Dari spesifikasi, vivo V23e akan beri anda skrin paparan 6.44 inci FHD+ dari jenis AMOLED yang tersangkut pada kadar segar semula 60Hz. Walaupun dah nak masuk 2022,  rekaan takuk dikekalkan dan diisi dengan kamera hadapan 50MP.

Menjana dari dalam adalah cip MediaTek Helio G96, dengan padanan memori RAM 8GB serta storan 128GB. Satu saja pilihan memori. Selain itu, ia turut dibekalkan dengan bateri 4050mAh dan menyokong pengecasan pantas 44W.

Tetapan kamera belakang menampilkan 64MP kamera utama, 8MP kamera ultra lebar, dan 2MP super makro. Lain-lain maklumat seperti harga jualan, bila ia dijual, mana ia dijual, kita tunggu minggu depan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nana Al Haleq

Bicara Sukan Terbaharu RTM, SPORTS PLUS Lebih Komprehensif

ALTIMET

Altimet Sambut Hari Lahir Ke Era Metaverse Dengan Keluaran NFT Eksklusif di PENTAS.IO