in , ,

Viral Mee Kari Opah Sold Out 15,000 Kotak Dalam Masa 1 Jam

14 Disember 2022, dalam sejarah Arwaa Food Enterprise telah berjaya menjual 15,000 kotak Mee Kari Opah dalam masa satu jam menerusi platform TikTok Shop. Pastinya Mee Kari Opah telah menjadi pilihan ramai walau baru 1 tahun di pasaran.

Memulakan langkah dalam bidang lakonan, pelakon Nadzmi Adhwa memperlahankan sedikit karier lakonan selepas mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ardell Aryana pada 2019.

Bukan tidak laku malah pelbagai peluang terpaksa ditolak kerana kini Adhwa, 30, sibuk membahagikan masa dalam bidang perniagaan.

Viral Mee Kari Opah Sold Out 15,000 Kotak Dalam Masa 1 Jam

“Tawaran selalu ada tetapi terpaksa ditapis, kerana saya tidak mahu timbul ‘conflict interest’ memandangkan saya kini mengusahakan sebuah syarikat produksi Arwaa Production yang menumpukan kepada penerbitan drama, telefilem dan program.

“Jadi saya lebih banyak berada dibelakang tabir. Kita beri ruang kepada pelakon tempatan berbakat yang lain menyerlahkan kebolehan mereka. Melainkan naskah yang saya terima itu boleh mengembangkan karakter saya pasti saya terima dengan hati terbuka,” katanya

Akui Adhwa, selepas berkahwin dan menimang cahaya mata, keutamaan sudah berubah. Lakonan memang menjadi minatnya dan dia tidak sekali melupakan bidang seni.

“Kini, saya membahagikan fokus kepada tiga perkara iaitu keluarga, bidang seni serta perniagaan.

“Isteri saya pula lebih selesa untuk menumpukan fokus terhadap anak dan keluarga serta beberapa aktiviti kemanusiaan.

“Selain mula berjinak dalam bidang penerbitan, kami juga aktif dalam perniagaan makanan, Arwaafood.

“Syukur Alhamdulillah, perniagaan makanan menerusi Arwafood mendapat sambutan yang sangat positif,” katanya.

Viral Mee Kari Opah Sold Out 15,000 Kotak Dalam Masa 1 Jam

Berkongsi kegembiraan mengenai Arwafood, produk Mee Kari Opah di bawah jenama terbabit terjual sebanyak 15,000 kotak menerusi platform TikTok, baru-baru ini.

Viral Mee Kari Opah Sold Out 15,000 Kotak Dalam Masa 1 Jam

“Syukur kerana produk ini mendapat respons yang sangat baik. Kami sendiri tak sangka Mee Kari Opah terjual dengan kuantiti sebanyak itu dalam masa satu jam sahaja.”

“Pada awalnya, kami dapat tawaran untuk berkolaborasi dalam perniagaan ini dari dua orang sahabat, Hadi Kaderi dan Nizar Hafiz.

Rasa Mee Kari Opah sangat istimewa kerana diformulasikan menggunakan KURMA, KISMIS DAN SAFFRON. Disebabkan itu, ia digemari oleh seisi keluarga.

“Kami mahu meneroka bidang perniagaan makanan dan timbul idea untuk muncul dengan mee kari.

“Setelah enam bulan berhempas pulas memikirkan idea untuk segi konsep dan rasa yang ingin ditampilkan, maka terhasillah Mee Kari Opah,” katanya

Viral Mee Kari Opah Sold Out 15,000 Kotak Dalam Masa 1 Jam

1 Kotak Mee Kari Opah terdapat 5 paket Mee Tarik + 5 paket serbuk santan + 5 paket perencah Kari Opah.

💯 Produk Muslim

💯 Mee Tarik Organik

💯 Tanpa Pewarna Tiruan

💯 Tanpa Benzoyl Peroxide

💯 Tanpa Boric Acid

💯 Tanpa Bahan Pengawet

💯 Tanpa lilin

Berat bersih sekotak : 111gram × 5 paket. Dijual pada harga RM 20.00

Viral Mee Kari Opah Sold Out 15,000 Kotak Dalam Masa 1 Jam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bellrossa Advances

Ada Yang Hampir Bercerai Tapi Asbab Jeli Usahawan Popular Ini Semua Berubah

Afgan Evolution Kuala Lumpur Tiba! Malam Esok, Malam Jodoh Pasti Bertemu