in , ,

Afgan Evolution Kuala Lumpur Tiba! Malam Esok, Malam Jodoh Pasti Bertemu

Sudah lama rasanya tidak melihat kelibat lelaki berkaca mata dan berlesung pipi yang memang terkenal dengan suara lemak merdunya.

Afgan rasanya sudah agak beberapa waktu tidak menebarkan suaranya buat para penggila dan peminatnya di Kuala Lumpur. 

Maka jangan tunggu-tunggu lagi, tarikh 17 Disember ini, esok, merupakan tarikh di mana lelaki dengan horoskop Gemini ini akan bertemu mata dengan para peminat di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur mulai jam 8.30 malam. 

Para peminat bakal menghabiskan masa dalam durasi dua jam bersama lelaki berusia 33 tahun ini menyanyikan lagu-lagu hits dan popularnya dalam dewan yang sudah ditandakan untuk sebuah konsert dengan judul Afgan Evolution Kuala Lumpur.

KONSERT AFGAN EVOLUTION LIVE IN KUALA LUMPUR

Kalau memang jodoh, pasti akan bertemu dengan Afgansyah Reza yang manis disapa Afgan, dan memang ramailah yang akan terkena panah asmara Afgan pada 17 Disember kelak.  

Buat penganjurnya iaitu Renjana Idea Sdn Bhd, ini merupakan masa yang sesuai untuk membawakan kembali Afgan ke pentas berprestij setelah sekian lama penyayi tersebut hanya bertemu mata dengan para peminat di Indonesia. 

“Kami memang mendapat respons dari peminat di mana mereka merindukan kemunculan dan suara Afgan yang bertenaga dan menenangkan itu didengar secara live di Malaysia.  Mereka juga sudah tidak sabar untuk menyanyikan beramai-ramai lagu hits Afgan,” ujar Aliya Arisya Anuar, Pengarah Renjana Idea Sdn Bhd.

Tambahnya,”Kami percaya dengan kemunculan pelbagai konsert di Malaysia, Afgan Evolution Kuala Lumpur akan memeriahkan lagi industrI muzik dan menjawab segala kerinduan para peminat yang menantikan kemunculan Afgan di sini dengan persembahan bertenaganya. Kami juga percaya bahawa die hard fan Afgan akan menyokong konsert kali ini yang bakal mempamerkan lagi kematangan Afgan dalam bermuzik.”

Terbaharu di Indonesia, Afgan baru sahaja melancarkan EP berjudul +62 yang mengandungi tiga buah lagu iaitu Pendam, Lestari Merdu dan Pulih. 

Afgan Evolution Kuala Lumpur di Malaysia dibawakan oleh Renjana Idea Sdn Bhd dan tiket-tiket pada harga RM258 (Wallflower), RM298 (Deade), RM588 (Sides), RM888 (Live to Love), RM998 (The One) dan RM1388 (Confession No 1) telah dijual pada 5 September 2022, Isnin, 10 pagi di golive-asia.com.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ARDELL

Viral Mee Kari Opah Sold Out 15,000 Kotak Dalam Masa 1 Jam

Sinopsis Drama Bersiri Budak Tebing 3 Lakonan Adam Lee & Eyka Farhana