in ,

Video Shafiq Farhain & Hazama JOGET ANGAN TAK SUDAH Tiba-Tiba Trending

Trend zaman sekarang memang suka ketawakan penyanyi yang tak suka menari ek? Baca komen kat Youtube, rata-rata memang terhibur.

Hari ini, permulaan yang lebih segar buat blog kerana sudah bertukar wajah. Lebih mengikut trend sekarang di mana korang bebas tekan butang share, kongsi di sosial media milik korang sesuka hati. Seingat Budiey dah lebih 5 tahun macam tu la blog ni tak bertukar wajah.

Bukan apa, Budiey takde masa nak salin kulit walaupun dah beberapa kali kena paksa sebab blog lama tu macam dah bersawang sikit sebab tak mengikut trend terkini yang lebih suka topik dan isi yang lebih trending.

Petang tadi, semasa dalam perjalanan nak ke Konser Tulus kat Istana Budaya, Budiey sempat menyemak apa yang trending di Youtube. Rupanya, ada video di saluran Budiey dah naik mencanak di lokasi TRENDING kat Youtube Malaysia. Video yang Budiey maksudkan adalah video Shafiq Farhain & Hazama JOGET ANGAN TAK SUDAH di BIG STAGE. Jom jenguk sikit, tekan butang play kat bawah ini:

Terhibur ek korang tengok Shafiw Mungkin ramai yang suka tengok video kelakar semacam ini. Masa Budiey menemubual Shafiq selepas konsert, memang dia mengaku pun dia tak nak hafal dan berlatih step tarian. Pakai belasah je. Tu yang menjadikan persembahan lebih menghiburkan dan santai. Sampak ke Faizal Tahir pun tak tahan ketawa sampai keluar air mata katanya.

Ini antara-kata-kata netizen:

“Joget pak maun ye kau shafiq. Boleh jadi juara ni sebab tiap² minggu undian maintain markah juri pun selalu tinggi especially drpd tok ti. ” – Adidas99

“Kelakar gila dibuatnya shafiq…shafiq…satu pentas kau punya,walaupun kaku tpi terhibur…i ketawa mcm perut nak terburai..syabas utk mu kefinal,cukup tido,cukup rehat ,cukup mkn,cukup belatih nescaya makota Big Stage kamu punya i tak sabar…nonton ini minggu,c u at final dah.” – Jukiman Abdulrahman

Asalkan boleh je Syafiq nih. Aduyai… tengok banyak kali pun tak bosan video kat atas ni.

Rasanya berbaloi tak Abang Bomba ni ambik cuti tanpa gaji dua bulan semata-mata nak tunjuk bakat dia dalam BIG STAGE?

Ramai yang menjangkakan Syafiq akan menang juara BIG STAGE sebab dia pernah jadi pemenang Gempak BBNU Of The Week bagi konsert minggu keempat.

Syafiq juga telah kerap mendapat undian TikTok yang ketiga paling tinggi bersama Sarah Suhairi dan Afieq Shazwan. Ramai gak peminat Syafiq ni.

Apa pendapat korang tentang Syafiq Farhain?

Shafiq Farhain

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Tiket Tremendous JOOX Live Concert Anjuran JOOX

Poster Terbaru Filem BOBOIBOY MOVIE 2 Memukau Peminat Animasi