in , ,

Kisah Cinta Teragung dalam Single KAU BIDADARI Nyanyian Syafiq Farhain

Syafiq Farhain, seorang penyanyi yang bermula menerusi sebuah program realiti pada 2018, yang juga merupakan seorang pegawai bomba sehingga kini.

Kerjayanya sebagai penjawat awam tidak menghalang Syafiq Farhain untuk terus melakar nama dalam industri hiburan tanah air, selain memikul tanggungjawab untuk menyambung legasi bapanya, Allahyarham Saleem. Suara Syafiq Farhain sering dikatakan saling tidak tumpah dengan suara emas bapanya.

Syafiq Farhain yang terkenal dengan single Sayang Maafkan Aku itu kini tampil dengan single Kau Bidadari, lagu ciptaan Asfan Shah dan lirik oleh Asfan Shah serta Fedtri Yahya. Kau Bidadari merupakan single ke-8 dari Syafiq Farhain. Kau Bidadari mengisahkan tentang cinta agung terhadap seorang wanita, yang tidak hanya terhenti di dunia. Muzik video rasmi Kau Bidadari mengisahkan kisah cinta suci antara suami dan isteri, yang merupakan bayangan kisah cinta ibu bapa Syafiq Farhain di dalam muzik video ini. Menurut Syafiq Farhain, Kau Bidadari ini ditujukan khas buat para wanita yang merupakan bidadari dalam hidup para lelaki. Secara peribadi, bidadari buat Syafiq Farhain ialah ibu yang tersayang.

Muzik video rasmi Kau Bidadari dilancarkan di platform YouTube MVM Music pada 14 Jun 2021. Para peminat Syafiq Farhain boleh strim lagu Kau Bidadari yang dimuat naik di platform muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, dan sebagainya.

Ikuti perkembangan Syafiq Farhain melalui pautan media sosial Instagram @syafiqfarhain, @mvm_production dan di laman web www.rusamvm.com. Terima kasih atas sokongan terhadap Syafiq Farhain, serta semua artis-artis di bawah naungan MVM Production.

Syafiq Farhain

LIRIK LAGU KAU BIDADARI – SYAFIQ FARHAIN

Artis: Syafiq Farhain
Lagu: Asfan Shah
Lirik: Asfan Shah, Fedtri Yahya Original Publisher: Rusa Marketing Sdn Bhd Arranger: Rafikoncept, Asfan Shah, Afiez Azam Vocal Guide: Harry Khalifah

Dengarkan sayang lagu ini untukmu
Selalu terlintas rasa rindu padamu
Menunggu awan bawa rasaku
Gelap malam menjawabmu
Bintang temani mimpi hatiku

Sungguhnya aku mencintai mu
Di jantung terbingkai indah namamu
Sampai hujungnya akan ku tunggu
Takkan lekang oleh waktu

Aku tak sanggup hidup tanpamu
Tertutupnya langit terus menunggu
Usah kau bimbang jangan kau ragu
Kau bidadari syurgaku

Dengarkan sayang lagu ini untukmu
Selalu terlintas rasa rindu padamu
Menunggu awan bawa rasaku
Gelap malam menjawabmu
Bintang temani mimpi hatiku

Sungguhnya aku mencintai mu
Di jantung terbingkai indah namamu
Sampai hujungnya akan ku tunggu
Takkan lekang oleh waktu

Aku tak sanggup hidup tanpamu
Tertutupnya langit terus menunggu
Usah kau bimbang jangan kau ragu
Kau bidadari syurgaku

Sungguhnya aku mencintai mu
Di jantung terbingkai indah namamu
Sampai hujungnya akan ku tunggu
Takkan lekang oleh waktu

Aku tak sanggup hidup tanpamu
Tertutupnya langit terus menunggu
Usah kau bimbang jangan kau ragu
Kau bidadari syurgaku

Sampai hujungnya akan ku tunggu
Takkan lekang oleh waktu

Aku tak sanggup hidup tanpamu
Tertutupnya langit terus menunggu
Usah kau bimbang jangan kau ragu
Kau bidadari syurgaku

Dengarkan sayang lagu ini untukmu…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ifa Raziah | 15

“Lockdown Apo Ni?” – Ifa Raziah Terkejut Masih Ramai Orang Keluar, Jalan Raya Tetap Sesak

Amar Baharin | 16

Kerana Cinta Itu Sempurna Bila Dihalalkan, Adaptasi Novel AYAT-AYAT HALAL