in ,

Poster Terbaru Filem BOBOIBOY MOVIE 2 Memukau Peminat Animasi

Hari ini Budiey nak siarkan poster terbaru yang baru sahaja dirilis oleh Animonsta Studios! Cukup mengujakan!

Pagi ini, Budiey ada menerima perutusan dari pihak penerbit Animonsta Studios yang telah menghasilkan animasi Boboiboy Galaxy. Wah, ini pastinya berita yang baik untuk adik-adik kita yang menantikan filem terbaru Boboiboy yang comel ni. Sebab dah jemu tengok kat TV, jadi tak lama lagi korang yang meminat siri animasi aksi lincah cerdas si wira cilik ini pasti akan terubat rindu nak tengok kat pawagam pulak kan?

Jadi, filem kedua ini dinamakan BoBoiBoy Movie 2 yang akan ditayangkan pada tahun 2019. Sudah tentu tak sabar nak tonton kan?

BoBoiBoy Movie 2 Poster

Nah! Hari ini Budiey nak siarkan poster terbaru yang baru sahaja dirilis oleh Animonsta Studios. Amacam menarik tak? Cukup mengujakan!

BoBoiBoy Movie 2 Poster

Untuk info pembaca, Boboiboy merupakan siri animasi yang disiarkan di kaca TV dan telah menarik minat seluruh peringkat masyarakat untuk menonton kerana jalan cerita yang santai sesuai untuk kanak-kanak.

Filem pertama BoBoiBoy mendapat kutipan yang sangat tinggi kerana sambutan hangat daripada semua golongan. Ianya cukup menghiburkan dan ada pengajaran.

Budiey sendiri tak sabar untuk menonton apakah kelainan jalan cerita dan keunikan yang mahu ditampilkan kepada penonton. Apa-apa, kita tonton dulu trailer kat atas ni ye.

BoBoiBoy Movie 2 Poster

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Shafiq Farhain & Hazama JOGET ANGAN TAK SUDAH Tiba-Tiba Trending

Penyanyi Antarabangsa Alec Benjamin Bakal Perform di Final BIG STAGE