in , ,

Video Trending Caliph Buskers ROMANCINTA Mojo Dapat Standing Ovation di AJL29

Anugerah Juara Lagu Ke-29 telah pun tamat. Seperti biasa, pasti ada banyak kontroversi, tak puas hati dan sebagainya. Itu dah jadi lumrah. Apa-apa pun, seperti biasa, video AJL29 pasti akan ada yang meletop hangat di Youtube dan Facebook. Ramai yang menonton persembahan terbaik di AJL29. Antara yang paling banyak ditonton ialah video persembahan vokal mantap dari Caliph Buskers mendendangkan lagu Romancinta dari Mojo. Fuh, dahsyat betul persembahan diorang kan? Budiey masa tu pun terkesima mendengar lontaran vokal yang cukup sempurna dari vokalis ini.

Tidak dapat disangkal lagi, vokal Caliph Buskers ini sangat hebat. Malah ada yang berpendapat, vokalnya lebih hebat dari penyanyi asal iaitu Aweera. Tidak hairan jika persembahan mereka telah menapat Standing Ovation dan sekaligus layak menerima trofi Persembahan Terbaik AJL29.

Tahniah kepada Caliph Buskers.

10898271_10153519397873332_338327516285567938_N

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rozita Che Wan Dilantik Duta Produk IDOLA

Fit Malaysia Gets Fitter