in , , ,

Caliph Buskers Lancar Single Terbaharu Berjudul MANUSIA

Tahniah buat Caliph Buskers yang sekarang ini dah melancarkan single terbaharu berjudul MANUSIA. Jom kita dengar!

Hampir dua tahun berlalu semenjak melancarkan single ketiga ‘Buta’ pada penghujung 2017, kini kumpulan Caliph Buskers masih boleh berbangga dengan impak lagu tersebut apabila mereka mendapat pencalonan dua kategori di Anugerah Nasyid IKIM 2019 (AN19) yang bakal berlangsung pada 30 November nanti. Menerusi “Buta”, Caliph Buskers telah tercalon untuk kategori Anugerah Lagu Pilihan Pendengar dan Anugerah Artis Duo/Berkumpulan Pilihan.

Penghujung tahun lalu, mereka muncul dengan lagu ‘Hanya Mimpi’ yang  lalu, sebuah lagu yang menampilkan sisi berbeza kumpulan yang dianggotai lima individu orang kelainan upaya (OKU) yang cacat penglihatan ini. Terkini, kumpulan yang pernah popular dengan lagu ‘Romancinta’ dan ‘Hanya Namamu’ bakal muncul dengan single terbaharu mereka berjudul “MANUSIA”.

Caliph Buskers - Manusia

“MANUSIA” merupakan ciptaan Omar K, Ikhwan Fatanna dan John Jeevasingham. Menerusi lagu terbaharu ini, Caliph Buskers sekali lagi mempertaruhkan konsep ketuhanan sebagaimana lagu-lagu popular mereka sebelum ini, ‘Hanya Namamu’ dan ‘Buta’. Menyifatkan lagu “MANUSIA” ini seumpama makanan jiwa, penyanyi Azmi Saat berkata,

Ini bukan lagu nasyid, tapi lebih kepada pop ketuhanan. Lagu ini bercerita tentang penyesalan seorang insan  yang membelakangkan Yang Esa tatkala sibuk mengejar dunia.

Kami berharap lagu ini mampu menyampaikan dakwah secara tidak langsung kerana lagu ini mampu melahirkan rasa insaf kepada yang benar-benar menghayatinya. Kalau terlalu cintakan dunia, semuanya akan hilang atau mati akhirnya.

Tetapi cinta kepada Yang Esa menjadikan hidup kita di  atas muka bumi  ini lebih bermakna.

– Caliph Buskers

Single terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati  di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music, bermula 29 NOVEMBER 2019.

Mengenai Caliph Buskers

Caliph Buskers merupakan sebuah kumpulan muzik yang dianggotai oleh lima individu orang kelainan upaya (OKU) yang cacat penglihatan; Azmi (vokalis/keyboard), Zaki (gitaris), Nirwan (gitaris), Fendy (pemain dram) dan Nadira (pemain shaker).

Bermula sebagai penghibur jalanan sejak tahun 2014 dalam arena ‘busking’ tempatan. Caliph Buskers mula mencuri ramai pihak apabila diundang oleh kumpulan Mojo untuk berganding dengan mereka mempersembahkan lagu “Romancinta” di pentas Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) dan memenangi trofi Persembahan Terbaik.

Susulan daripada itu Caliph Buskers terus mengorak langkah seni mereka dalam arus perdana industri muzik Malaysia dengan melancarkan ‘Romancinta’ versi mereka sendiri yang dikenali sebagai ‘Romancinta Akustik’ yang berjaya menjadi salah satu pilihan kegemaran dalam senarai iTunes Malaysia. Caliph Buskers berjaya mengangkat setahap lagi pencapaian mereka apabila lagu ‘Hanya Namamu’ nyanyian mereka memenangi tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celebrate the Holiday Season with Samsung’s 10th Galaxy Anniversary Premium Bundle!

Yang Anda Patut Tahu Tentang Filem WIRA