in ,

Caliph Buskers Lancar Single Terbaru KAULAH DIA

Pernah menjadi fenomena ketika bersama-sama kumpulan MOJO berentap di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) satu ketika dahulu, Caliph Buskers seterusnya berdiri di atas kaki sendiri di pentas yang sama dan kini semakin gah dan terus mengembangkan sayap mereka dalam persada seni muzik tanah air negara dengan lagu mereka sendiri dan mahu dikenali sebagai kumpulan yang ternama.

Tahun lepas menyaksikan kemunculan pelbagai kumpulan buskers yang serba sedikit telah mengubah persada seni muzik tanah air. Tidak bersandarkan simpati atas kekurangan yang mereka miliki, pemuzik Caliph Buskers membuktikan mereka mampu bergerak lebih jauh ke hadapan dengan keistimewaan bakat yang mereka miliki.

Kaulah Dia Artwork

[dropcap]S[/dropcap]elepas kejayaan single pertama mereka ‘Hanya NamaMu’, yang telah merangkul beberapa anugerah di pentas AJL dan juga sebagai lagu yang paling banyak didendangkan di pusat karaoke Redbox selain mendapat sambutan yang cukup membanggakan oleh seluruh peminat, mereka juga ingin buktikan mereka bukanlah kumpulan pemuzik yang bertahan atas tiket ‘One Hit Wonder’.

[pullquote align=”right”]Buktinya, Caliph Buskers kini tampil dengan single solo kedua terbaru mereka bertajuk ‘Kaulah Dia’ yang juga merupakan ciptaan dan terbitan sepenuhnya Edry Abdul Halim.[/pullquote]

Membawa genre pop kontemporari, ‘Kaulah Dia’ menampilkan muzik yang lebih matang dengan iringan koir dan orkestra seterusnya membawa dimensi baru dalam muzik kumpulan Caliph Buskers.

‘Kaulah Dia’ menceritakan sebuah kisah cinta agung, sesuai untuk dipersembahkan dalam pelbagai majlis, terutamanya Caliph Buskers yang sering memenuhi jemputan untuk majlis-majlis awam, sama ada perkahwinan atau majlis keramaian yang telah memenuhi jadual mereka sepanjang tahun ini.

Susunan muzik ‘Kaulah Dia’ juga menunjukkan kemampuan vokal Azmi selaku vokalis yang semakin meningkat dan setara dengan penyanyi-penyanyi hebat yang lain. Lagu ini juga diharapkan menjadi satu lagi tiket Caliph Buskers untuk ke pentas AJL hadapan.

‘Kaulah Dia’ secara rasminya telah dilancarkan hari ini (18hb April 2016) dan video liriknya boleh ditonton di laman YouTube KRU Music. Selain itu, lagu ini juga boleh mula dimuat turun di iTunes dan pelbagai platform muzik digital yang lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Galaxy S7& S7 edge Kini Dijual di Malaysia

Youtube Introduce 360-Degree Live Streaming