in

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Planet Muzik 2012

3 Negara 1 Pentas meraikan muzik serantau… katanyer! Eh, betul apa.

[dropcap]A[/dropcap]nugerah Planet Muzik 2012 telah berlangsung pada malam tadi di Max Pavilion, Singapura dianjurkan oleh stesen radio Melayu MediaCorp Singapura, iaitu Ria 89.7FM dan Warna 94.2FM.

Anugerah Planet Muzik 2012

Dihadiri oleh puluhan selebriti dan calon-calon dari tiga buah negara, Malaysia, Indoensia dan Singapura. Meriah dengan tema Electrified! (bermaksud To produce electric charge, cam tu la lebih kurang.) Jadi yang datang kebanyakkan menggunakan warna pop yang terang dan color blocking seperti mana yang kita tengok fesyen yang dipakai oleh hos APM malam tadi.

[pullquote align=”right”]APM kali ini menampilkan tiga orang hos iaitu TG dari Singapura, Dato’ AC Mizal dari Malaysia dan Sophie Navita dari Indonesia. Gabungannya okay ke? Serasi? Korang rasa?[/pullquote]

[dropcap]K[/dropcap]ita kembali kepada tujuan sebenar diadakan Anugerah Planet Muzik, iaitu merapatkan lagi hubungan serantau dan menyatukan semua dengan muzik. Tapi sebaliknya yang Budiey lihat di Twitter dan Facebook, APM bukannya dapat merapatkan hubungan tiga negara, lagi gaduh adalah. Perang jadinya!. Aduyai. Kalau baca di Twitter aje, ramai yang tak puas hati sebab penyanyi kegemaran di negara masing-masing tak menang. Isu tak puas hati memang isu yang tak dapat dielakkan di APM setiap tahun.

Itu halnya yang berlaku di sosial media tapi jika kita tonton secara langsung dari dewan Max Pavilion, Singapura, aura dan suasananya sangat berbeza di mana muzik dapat membina satu jambatan yang dapat menyatukan semua.

Bak kata pemenang Anugerah Khas APM2012 iaitu Datuk Sheila Majid dalam ucapannya tadi:

“May music keep us together.”

Apa-apa pun Budiey nak ucapkan tahniah buat Malaysia kerana berjaya membawa pulang 5 trofi menerusi kemenangan Datuk Sheila Majid, Hafiz, Shila Amzah, Alyah dan Abdul Mutalleeb.

Siapa Abdul Mutalleeb yang menang Nova Media Baru tu? Nah, di bawah ini adalah antara video beliau di Youtube:

[dropcap]S[/dropcap]edia diingatkan, nama Awi Rafael walaupun aktif dan berpusat di Malaysia namun beliau mewakili negara Singapura. Jadi, Awi masuk dalam pasukan Singapura dalam konteks APM. Tahniah buat Awi Rafael yang telah menggondol trofi Lagu Terbaik Singapura. Budiey suka dengar ucapan Awi yang tak lupa untuk menghargai orang kuat yang mengangkat dirinya sehingga menjadi seorang penyanyi yang dikenali. Ya, memang Budiey kenal Awi, dia sorang yang menghargai sesiapa sahaja termasuk peminatnya.

Secara keseluruhan, nama Taufik Batisah muncul gah malam ini dengan menjulang 3 buah trofi menerusi Anugerah Kolaborasi Terbaik bersama Rossa menerusi lagu Aku Bersahaja, Pemenang Artis Singapura Paling Popular dan Pemenang Artis Serantau Paling Popular.

Well… untuk kategori Artis Serantau Paling Popular, ramai yang pertikaikan tentang sejauh mana Taufik Batisah popular di ketiga-tiga buah negara. Budiey kira kategori berasaskan popular ini adalah ditentukan dari bilangan undian yang paling banyak. Mungkin peminat Taufik Batisah begitu kuat sehingga berkorban masa dan wang untuk mengundi beliau. So, tak boleh cakap apa jugak. Peminat artis lain tu tak nak mengundi. Keputusan dah muktamad.

[pullquote]Artis Malaysia menang 5 anugerah![/pullquote]

Pedulikan tentang populariti kerana apa-apa pun yang terbaik juga yang Budiey pandang. Tahniah buat Malaysia kerana kita masih dalam kategori yang disebut terbaik. Pasti ada juru profesional yang menilai dan menghakimi dan bukan orang biasa-biasa. Tahniah buat Hafiz dan Shila kerana telah dikategorikan sebagai penyanyi terbaik serantau. Shila Amzah menang Artis Wanita Terbaik dan Hafiz pula menang Artis Lelaki Terbaik APM2012.

Anugerah Planet Muzik 2012

[dropcap]D[/dropcap]ari segi pemilihan persembahan yang biasa-biasa, Budiey rasa sangat tak seimbang bila mana terlalu ramai artis yang perform adalah orang yang sama dan diberl peluang lebih dari dua kali. Berulang-ulang dengan penyanyi yang sama adalah satu elemen yang membosankan. Budiey hairan apabila ramai lagi penyanyi yang hadir di APM tidak diberi peluang untuk buat persembahan. Ternyata, ramai yang tak puas hati apabila wajah yang sama tampil berada di pentas samada untuk buat persembahan dan menyampaikan anugerah. Persembahan yang Budiey  rasa best layan ialah masa persembahan Judika. Korang pula macamana? Siapa yang best masa perform?

[dropcap]Seperti biasa, mutu audio juga dipertikaikan. Ada yang tak jelas dan ada gangguan.[/dropcap]

Namun, seperti lazimnya, setiap kali anugerah diadakan mana-mana pun mesti ada yang tak puas hati. Itu tak masuk lagi, bila ada yang pertikai keputusan pemenang.

Okay, cakap pasal keputusan, Dengan ini, Budiey siarkan senarai keputusan Anugerah Planet Muzik 2012 yang rasanya ada yang dah tahu tapi saje nak letak kat sini. Kat Twitter pun, Budiey dah siarkan juga. Ini hanya siaran ulangan je ya.

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Planet Muzik 2012:

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki):
Anji (Hatiku) Berhenti Di Kamu

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita):
Raisa (Serba Salah)

Pemenang Duo/Kumpulan Baru Terbaik:
Audionaut (Maha Bisa Rahsia)

Anugerah Hits Radio:
Aishiteru (Zivilia Band)

Pemenang NOVA Media Baru:
Abdul Mutaleeb dari Universiti Teknologi Malaysia Skudai

Pemenang Ikon Media Baru:
Sleeq

Lagu Terbaik Singapura:
Pulanglah (Awi Rafael)

Lagu Singapura Paling Popular:
Ku Tetap Menunggu (Hardy Mirza)

Pemenang Kolaborasi Terbaik:
Taufik Batisah & Rossa – Aku Bersahaja.

Pemenang Duo Kumpulan Terbaik:
Kotak

Pemenang Artis Singapura Paling Popular:
Taufik Batisah

Pemenang Artis Serantau Paling Popular:
Taufik Batisah

Pemenang Artis Lelaki Terbaik:
Hafiz

Pemenang Artis Wanita Terbaik:
Shila Amzah

Anugerah Khas #APM2012:
Datuk Sheila Majid

Pemenang Lagu Terbaik #APM2012:
Kisah Hati (Alyah)

Pemenang Lagu Serantau Paling Popular #APM2012:
Ku Kan Tetap Menunggu (Hardy Mirza)

Tahniah buat semua pemenang. Tahniah juga buat penganjur MediaCorp Singapura Ria & Warna!

Anugerah Planet Muzik 2012

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kumpulan Hayad Perkenalkan Lagu-Lagu Terbaru

Video Travelogue IZ di Cruise With Angkasawan