in ,

Filem Animasi Terbaik Di TV2

Khas Hari Natal : 4 Filem Animasi Terbaik Di TV2

[dropcap]M[/dropcap]enjelang seminggu lagi sambutan Hari Natal pada 25 Disember depan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak ketinggalan untuk menjanjikan filem-filem animasi terbaik menghiburkan sepanjang tiga hari berturut-turut untuk meraikan penonton setia salurannya seisi keluarga.

Penonton TV2 seawal 24 Disember ini dihiburkan dengan filem “Mickey’s Once Upon a Christmas”, jam 10.00 pagi sekitar kisah penceritaan semula oleh Donald Duck tentang Hari Groundhog (1993) yang mengaitkannya dengan kemunculan watak Huey, Dewey dan Louie. Kesinambungannya kisah A Very Goofy Christmas di mana Goofy cuba untuk mengatasi keraguan anaknya tentang Santa Claus.

Mickey'S Once Upon A Christmas (1999)

Menyusul keesokkan harinya sambil meraikan Krismas, saksikan Mickey’s Twice Upon a Christmas”, jam 10.00 pagi yang merupakan kesinambungan daripada filem Mickey’s Once Upon a Christmas.

[pullquote align=”right”]Jalan ceritanya yang menarik dan menceriakan semestinya membangkitkan semangat meraikan perayaan ini.[/pullquote]

Istimewanya filem Shrek The Halls pada 26 Disember 2012, jam 9.00 pagi berlatarkan set dimana ketika itu Shrek masih di peringkat umur kanak-kanak dan pasangannnya Fiona, masih bayi. Ketika itu Shrek (Mike Myers) secara senyap-senyap hidup dalam paya dengan keluarganya apabila tiba musim Krismas. Atas desakan Donkey (Eddie Murphy), Shrek yang dalam keadaan terpaksa bersetuju untuk menjanjikan satu kejutan Krismas untuk Puteri Fiona (Cameron Diaz).

Begitu segalanya tidak mudah kerana Shrek tidak tahu menahu berkaitan Krismas. Dia kemudiannya ke kedai buku di Far Far Away untuk mencari hadiah Fiona. Mujur pekedai (Marissa Jaret Winokur) mahu membantunya berkongsi panduan meraikan cuti. Bersama teman-teman baiknya, Gingy, Donkey, dan Puss In Boots (Antonio Banderas), Shrek cuba memahami erti sebenar sambutan Krismas. Namun berjayakah dia memberi kejutan berharga buat kekasihnya itu?

Hiburan animasi diakhiri pada 26 Disember 2012, jam 10.00 pagi dengan tayangan filem “Jiminy Cricket’s Christmas”, jam 10.30 pagi mengisahkan riwayat dari Cricket Jiminy yang unik dan istimewa. Sertai Cricket Jiminy yang menjadi tuan rumah dan meraikan perayaan ini dengan semua bintang yang menyeronokkan semasa sambutan Natal bersama seisi keluarga. Saksikan telatah lucu percutian Donald Duck, Chip N Dale dan Goofy yang menawarkan kejutan Krismas khas.

Kongsikan keceriaan sambutan sepanjang Hari Natal ini bersama TV2.

Shrek-The-Halls-001

Shrek The Halls

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Travelogue IZ di Cruise With Angkasawan

Filem Inggeris Terbaik Di TV2 Sempena Hari Natal