in ,

Isu Video Tersebar, Akhirnya Syafiq Kyle Bersuara

Kontroversi video panas mirip Syafiq Kyle yang tular sejak Ahad lalu akan terus menjadi persoalan berikutan aktor itu memilih untuk tidak mengesahkan mengenainya namun membiarkan masyarakat memberi pandangan masing-masing.

Syafiq, 26, berkata, dia tetap akan berhadapan dengan perspektif berbeza-beza sama ada dia mengaku atau tidak individu dalam video berkenaan adalah dirinya.

Isu Video Syafiq Kyle Tersebar: Pesanan Fahkrul UNIC buat Artis & Netizen

“Sama ada saya atau tidak tetap akan ada pandangan yang berlainan dan saya adalah insan yang bertanggungjawab untuk memanjangkan atau pendekkan isu ini. Saya pilih menghentikannya di sini dan meneruskan kehidupan.

“Bagi saya, biarlah orang nak cakap itu saya atau bukan. Saya juga menghargai dugaan ini sebagai perkara yang mematangkan saya.”

Pelakon drama Nur itu ditemui pada sidang media khas yang diadakan di sebuah hotel sini pada malam Selasa bagi menjelaskan isu berkenaan.

Pertemuan itu diaturkan pihak pengurusannya bersama beberapa pihak media selepas isu itu berlarutan tanpa penjelasan daripada mulut aktor berkenaan.

Sejak malam Ahad lalu, pengguna Twitter mula membicarakan video yang memperlihakan individu mirip Syafiq Kyle yang melakukan perkongsian sembang video aksi melampau bersama seorang individu dikenali sebagai Mira.

Video berdurasi kira-kira dua minit itu mula tersebar dan menjadi perbincangan hangat termasuklah ada pihak yang berhasrat menjual versi penuh kepada netizen.

Dalam pada itu, Syafiq mengakui sudah mengetahui tentang kewujudan video berkenaan sejak dua tahun lalu, namun tidak pasti kesahihannya.

Syafiq Kyle Bersuara

Katanya, beberapa individu pernah memberi petunjuk bahawa mereka memiliki video tersebut.

“Dua tahun lalu saya sudah menghidu tentang video tersebut ada yang jumpa saya beritahu mereka sudah melihatnya. Saya tertanya-tanya video apa yang dimaksudkan sehinggalah ia tersebar dua hari lalu.

“Sejujurnya saya tidak mahu tengok video-video itu sejak ia tular dan dikongsikan di media sosial.

“Saya tidak sangka ia jadi sebesar ini dan terjadi pada bulan Ramadan, di mana sepatutnya menjadi bulan saya membersihkan dosa-dosa lampau saya,” ujarnya.

Selain itu, apabila ditanya tentang wanita yang dikenali sebagai Mira, Syafiq memberitahu dia mungkin mengenali wanita itu.
“Mungkin kami pernah kenal, saya sendiri tidak mahu memanjangkannya,” ujar Syafiq.

Dalam pada itu, ditanya tentang reaksi keluarga, pelakon itu berkata, ibu adalah insan paling terkesan dan kecewa dengan berita tersebut.

Namun, dia bersyukur keluarga masih memberi sokongan dan menjadi tulang belakang untuk dia berhadapan dengan pengalaman buruk ini.

“Ibu saya menangis sebelum dia jumpa saya berbincang tentang perkara ini. Sudah tentu dia sedih kerana laman berita yang melaporkan berita-berita kerjaya dan kejayaan saya bertukar melaporkan berita paling buruk anak dia.

“Saya tahu apa yang terjadi ini memberi kesan juga pada kehidupan mereka, saya sendiri kena bangun tunjukkan sesuatu yang positif agar mereka tidak bimbang dengan keadaan saya,” ujarnya.

Sumber: Mstar Online


‘Saya mungkin kenal Mira’

Demi menghormati Ramadan dan meneruskan hidup, Syafiq Kyle mahu menamatkan kontroversi video tular yang dikaitkan dengan dirinya biarpun isu panas itu dilihat ‘tergantung’ tanpa penyelesaian.

Syafiq yang memegang watak Ustaz Adam dalam drama popular Nur memberitahu, dia selesa membiarkan apa juga kesimpulan bertebaran selepas kenyataan dibuat.

Tambah Syafiq, kenyataannya mengenai isu video tular adalah muktamad dan terakhir, di mana dia tidak akan mengulas perkara itu lagi.

“Objektif saya mengadakan sidang media ini adalah untuk meneruskan kehidupan dan menghormati Ramadan.

“Saya adalah insan yang bertanggungjawab untuk memanjang atau memendekkan isu ini. Saya memilih untuk menghentikannya.

“Terpulanglah apa orang lain mahu fikirkan tetapi ini jawapan saya. Tak kisah jika ada yang tidak puas hati dengan jawapan ini atau sebaliknya. Saya bersyukur dan menghargai dugaan ini yang lebih mematangkan saya,” katanya di sini, malam tadi.

Syafiq berkata, dia tahu kewujudan video terbabit sejak dua tahun lalu.

“Namun, saya hanya mendapat bayangan tanpa tahu kesahihannya. Apabila saya tahu hal ini sudah tular hingga didagangkan, saya tak pasti dan tak sedar. Ini kerana bukan sepanjang masa saya ‘menggodek’ (membelek) telefon bimbit,” katanya.

Ditanya siapa individu bernama Mira yang dikaitkan dalam rakaman video itu, Syafiq memberitahu, dia mungkin pernah mengenali individu terbabit.”Mungkin kami pernah kenal. Tetapi saya tidak mahu memanjangkan perkara ini,” katanya.

Ditanya mengenai paparan skrin membabitkan perbualan dengan individu yang dikatakan mengguna akaun Instagram, Syafiq menegaskan dia tidak mengenali individu terbabit.

“Saya fokus kepada isu video dan apabila timbul hal paparan skrin ini, saya membiarkan isu berkenaan dikendalikan pihak pengurusan.”Saya tak ambil ‘pot’ (kisah) isu paparan skrin kerana ia tidak benar dan memang benarlah ia disunting,” katanya.

Jelas Syafiq lagi, dia akan mendapatkan khidmat perundangan jika kontroversi itu berpanjangan.

“Pengurusan saya sedang berbincang dengan beberapa pihak untuk menyelesaikan hal ini.”Proses itu sedang berjalan termasuk mendapat nasihat peguam,” katanya.

Dalam reaksi pertamanya susulan kontroversi video lucah itu, petang semalam, Syafiq menegaskan dia memandang serius kes yang mencemar reputasinya itu dan sedang mencari jalan penyelesaian terbaik.Sejak beberapa hari lalu, rakaman video lucah yang memaparkan lelaki mirip Syafiq selain paparan skrin perbualan yang dikatakan antara pelakon itu dan individu lain, viral di laman sosial.

Sumber: Berita Harian


Penjelasan muktamad Syafiq Kyle

“BETUL atau tidak orang dalam video yang tular itu adalah saya atau sebaliknya, saya tetap akan meneruskan kehidupan dan lupakan apa yang sudah berlaku.

“Saya juga serahkan kepada penilaian dan spekulasi netizen jika mereka menganggap jawapan yang diberikan ini tergantung atau sebaliknya,” kata pelakon Syafiq Kyle, 25.

Pelakon yang kini popular menerusi watak Ustaz Adam dalam drama Nur di TV3 berkata demikian pada sidang media tertutup yang diatur pengurusannya dan berlangsung di hotel terkemuka di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, malam tadi.

Ia berhubung penularan panggilan video seks yang didakwa miripnya bersama ‘wanita’ dikenali sebagai Mira di laman Twitter sejak malam Ahad lalu.

Video berdurasi tujuh minit 22 saat itu memaparkan Syafiq berbaring atas sofa dan berdiri dalam bilik air selepas diminta Mira berbuat demikian.

Menurut Syafiq, ia adalah penjelasannya yang muktamad dan terakhir kerana tidak mahu memanjangkan isu video tular itu sekali gus menghormati Ramadan.

“Saya sudah dapat bayangan mengenai perkara ini dua tahun lalu tetapi tidak mengetahui kesahihannya.

“Untuk apa saya mengaku atau tidak dalam perkara ini kerana yang bertanggung-jawab memanjangkan atau menyelesaikan perkara ini adalah diri sendiri.

“Ramadan adalah bulan untuk kita menyucikan diri dari segala dosa yang kita lakukan.

“Sama ada dosa itu saya buat atau tidak, saya tetap bersyukur ujian ini datang pada bulan yang mulia ini,” katanya.

Ditanya sama ada isu itu ada kaitan dengan pihak yang cuba menjatuhkan namanya yang kini di puncak, Syafiq tidak menyalahkan sesiapapun dalam perkara itu.

“Saya melihat apa yang berlaku sebagai dugaan yang paling besar sepanjang berkecimpung sebagai anak seni.

“Ia membabitkan nama dan maruah keluarga. Malah, emak saya menangis bila dapat tahu mengenai isu video tular terbabit.

“Dari segi tindakan pula, pihak pengurusan dalam proses menyusun satu demi satu untuk mencari penyelesaian terbaik isu terbabit.

“Pihak kami akan mendapatkan nasihat peguam terlebih dulu sebelum membuat laporan kepada pihak polis nanti,” katanya.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Airasia X Bakal Terbang 7 Kali Seminggu Ke Honolulu, Hawaii

Zamarul Hisham Hos Travelog DI SANA ADA MISTERINYA