in ,

Ibu Amy Search Meninggal Dunia di Usia 88 Tahun, Jenazah Selamat Dikebumikan

Berita ibu kepada penyanyi rock tanah air, Amy Search iaitu Hajjah Fatimah Idris meninggal dunia akibat sakit tua di usia 88 tahun telah disiarkan oleh media sejak tengah malam tadi. Salam takziah buat keluarga Amy dan Nabila. Al-Fatihah.

Pada tengah malam tadi, penyanyi lagenda rock terkenal, Amy Search telah berkongsi khabar duka di Instagram miliknya apabila ibunya yang tercinta, Hajjah Fatimah Haji Idris telah kembali ke rahmatullah. Dikhabarkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 88 tahun di kediaman anak saudaranya di Kota Damansara pada jam 10.45 malam tadi.

Fatimah Idris, 88, menghembuskan nafas terakhir di rumah anak saudaranya di Sunway Rimba Hills Kota Damansara, Petaling Jaya dan disahkan Penolong Kanan Hospital Sungai Buloh pada pukul 10.45 malam tadi.

– BErita astro awani
Ibu Amy Search Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun, Jenazah Selamat Dikebumikan

Jenazah Selamat Dikebumikan 

Dalam perkongsian susulan, di Insta-story nya sebentar tadi, Amy berkongsi beberapa foto dan video yang memperlihatkan jenazah ibunya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9 Kota Damansara. 

“Insya-ALLAH arwah mak akan dimandikan esok (Isnin) jam 8 pagi di Masjid Kuning Kota Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9 Kota Damansara,”

– Amy Search
Ibu Amy Search Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun, Jenazah Selamat Dikebumikan

Jenazah akan dimandikan pada jam 8 pagi di Masjid Kuning Kota Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara.

Ibu Amy Search Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun, Jenazah Selamat Dikebumikan

“Doakan Ibu saya, Hajjah Fatimah Haji Idris telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi (pukul 10.45 malam tadi),”

– Amy Search

Malah anak penyanyi rock ini yang juga pelakon dan pengacara, Nabila Huda turut berkongsi beberapa hantaran yang menyedihkan mengenai pemergian neneknya.

Ibu Amy Search Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun, Jenazah Selamat Dikebumikan

Ucapan Takziah dari Selebriti 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata selebriti dan peminat membanjiri dengan ucapan takziah dan mendoakan agar roh Allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 

Ibu Amy Search Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun, Jenazah Selamat Dikebumikan

Pernah Menetap Bersama Amy 

Sebelum ini, Allahyarham pernah menetap bersama Amy di ibu Kota dan kerap dikunjungi cucunya yang juga seorang pelakon, Nabila Huda sebelum kembali ke kampung di Johor Bahru. 

Sejak itu, Amy kerap pulang untuk menziarahi ibunya namun terbatas apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diwartakan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shuk Sahar 150X150 1 | 23

Shuk Sahar Perjelas 1 Video Tular Tak Berbaju di Hotel, Sekali Isteri Tanya Soalan Mengejutkan

Hafiz Suip | 24

Hafiz Suip Sedih Asyik Dituduh Ambil Bahan Terlarang, Bertemu Ustaz Untuk Rawatan Alternatif