in

Video Nora Ariffin Nyanyi Lagu MENYEMAI CINTA BERSAMAMU

Sudah agak lama tak berkumandang lagu ini di corong radio. Lagu Menyemai Cinta Bersamamu antara lagu yang mengundang memori lama dan menyorot kembali kisah lampau diperdengarkan semula di Showcase ANUGERAH Nora Ariffin baru-baru ini.

Showcase Nora Ariffin ANUGERAH

Untuk info, lagu MENYEMAI CINTA BERSAMAMU pernah memenangi Lagu Terbaik AIM.

Budiey suka lagu ini kerana ia mengisahkan tentang kisah percintaan yang sentiasa utuh walaupun menimpa pelbagai cabaran. Kasih sayang yang tak bertepi dan juga cinta yang semakin mekar dilakar dengan begitu indah pada bait puitis lagu ini.

Antara bait yang menyentuh rasa: Meresap redup di kamar kekasih, Lalu kau menaburi, Bebunga cinta berseri… selebihnya korang dengarkan lagu ini yang mana antara persembahan terbaru dari vokal Nora Ariffin.

Semoga karier Nora terus berkembang dengan single terbaru beliau berjudul Anugerah. Jomlah klik video di atas ini!

Lirik Lagu Menyemai Cinta Bersamamu – Nora

Sedingin bayu yang menyusuri
Mengabar rindu di naluri
Membisik sayu
Di nadi wajah kasih ku oh

Meresap redup di kamar kekasih
Lalu kau menaburi bebunga cinta berseri

( korus )
Sentuhan mu yang pertama
Kini menjadi igauan di dalam jiwa
Wajah mu kasih kini menjelma
Seindah pelangi yang menyuluh di wajah mu
Terbuka jua mahligai di hati ku kini
Menyemai cinta bersama mu

Merisik-risik bicara ku
Menyeru kasih pada diri mu
Sering mengusik dalam rindu
Yang berputik oh
Meresap redup di kamar kekasih
Lalu kau menaburi
Bebunga cinta berseri

( ulang korus )

Di wajah mu kasih
Ku impikan di hatiku menyulam kerinduan
Kau hulurkan cinta yang suci
Ku warnakan kasih yang seindah pelangi
Yang menyuluh di wajah mu
Terbuka jua mahligai di hati ku kini
Menyemai cinta bersama… mu
Oh… oh…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BANANANA! Hari Kantin 2016 Diraikan Lebih 15,000 Pengunjung

Hikayat Seribu Satu Malam di Royal Mansour, Marrakech