in ,

BANANANA! Hari Kantin 2016 Diraikan Lebih 15,000 Pengunjung

Hari Kantin 2016 anjuran Media Prima Berhad menerusi penjenamaan kanak-kanak popular, Bananana! kembali buat edisi ke-3 dengan pelbagai aktiviti buat seisi keluarga dengan skala yang lebih besar.

Hari Kantin 2016 Bananana! edisi ke-3 yang telah diadakan di Esplanade Alamanda Putrayajaya telah menerima 15,000 pengunjung dan membawa kelainan berbanding tahun 2013 dan 2014 yang telah diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama.

Meneruskan objektif utama penganjurannya, Hari Kantin 2016 memupuk semangat keusahawanan di kalangan pelajar di peringkat sekolah rendah. Sembilan buah sekolah terpilih kali ini dan mereka dikehendaki membuka perniagaan kecil di tapak acara dan memperkenalkan perniagaan mereka kepada para pengunjung.

BANANANA! Hari Kantin 2016 Diraikan Lebih 15,000 Pengunjung

[dropcap]T[/dropcap]idak lari dari keseronokan jenama ‘Bananana!’, Hari Kantin 2016 juga membawakan pelbagai aktiviti menarik untuk semua pengunjung yang hadir. Antaranya ialah aktiviti pentas yang bakal dikelolakan oleh pengacaranya yang penuh keletah Acap (Tokan) dan Muadz (Hip TV). Penampilan maskot Awang Khenit dan Boboiboy juga pasti menceriakan para peminat animasi ini.

Selain itu, para pengunjung juga berpeluang beramah mesra dengan para pelakon yang turut turun padang membantu jualan murid-murid pada hari tersebut. Antara pelakon yang hadir ialah Azrel Ismail, Aidil Aziz, Niezam Zaidi, Farah Nabila, Harris Alif, Erynne Erynna, Afieq Shazwan, Firdaus Ghufran, dan Syamiem Elnisa.

Malah para pengunjung juga menyaksikan pertandingan bakat yang disertai oleh peserta-peserta cilik. Acara pentas itu juga dimeriahkan dengan kemunculan penyanyi Eleena Harris yang menyanyikan dua lagu iaitu lagu beliau sendiri ‘Terlalu Rindu’ dan lagu popular NanaSheme, ‘Hantu Atau Buaya’ dan Sissy Iman yang mempersembahkan lagu ‘Entah Apa Rasa’ dan ‘Mungkin Kamu’.

Sembilan buah sekolah yang terlibat itu membawakan konsep perniagaan mereka yang kreatif selain menyertai acara perbarisan khas. Beberapa kategori pertandingan juga diwujudkan agar mereka lebih berdaya saing. Kategori yang dipertandingkan adalah Jualan Terbaik, Gerai Tercantik, Pembentangan Terbaik, Perbarisan dan Kostum Terbaik dan Persembahan Bakat Terbaik.

SK Ampang memenangi tiga acara yang telah dipertandingkan – Gerai Jualan Terbaik, Perarakan dan Kostum Terbaik dan Persembahan Bakat Terbaik. Manakala SK Seksyen 19, Shah Alam dan SK Jalan 4, Bangi memenangi Gerai Jualan Terbaik dan Pembentangan Terbaik.

Selain semangat keusahawanan yang cuba diterapkan, para peserta juga dipupuk nilai murni iaitu berbakti kepada masyarakat. Ini adalah kerana hasil kutipan mereka bakal diserahkan kepada rumah kebajikan yang telah mereka pilih.

Berikut adalah senarai sekolah yang mengambil bahagian dan rumah kebajikan pilihan mereka:

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Puan Zurina Othman, Hari Kantin kini memasuki edisi ke-3 penganjurannya. Kami menerima sambutan yang baik setiap tahun dan kami yakin kali ini bakal lebih meriah. Sebelum ini kami hanya mengadakan acara ini di pekarangan Sri Pentas, namun kerana jumlah pengunjung yang semakin bertambah berdasarkan rekod 2013 dan 2014, kami membuat keputusan untuk menjadikan skala acara ini lebih besar di Esplanade, Alamanda Putrajaya pada tahun ini.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Vitagen kerana sekali lagi menjadi penaja utama bagi Hari Kantin 2016 yang juga menyokong kami sejak tahun 2013 dan 2014. Kami berharap murid-murid yang terlibat akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk menyemai semangat keusahawanan mereka. Kami juga menjangkakan ramai pengunjung akan bergembira bersama seisi keluarga di acara ini”, tambah Zurina.

Hari Kantin 2016 berlangsung pada Sabtu, 5 Mac 2016, bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang di Esplanade, Alamanda Putrajaya dan diaktifkan oleh Vitagen.

HARI KANTIN  8

HARI KANTIN 1

HARI KANTIN 2

HARI KANTIN 3

HARI KANTIN 4

HARI KANTIN 5

HARI KANTIN 6

HARI KANTIN 7

HARI KANTIN 9

HARI KANTIN 10

HARI KANTIN 11

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

How Do I Look Asia Season 2 Casting Call

Video Nora Ariffin Nyanyi Lagu MENYEMAI CINTA BERSAMAMU