in ,

Hikayat Seribu Satu Malam di Royal Mansour, Marrakech

Di tengah-tengah kota Marrakech di bumi Maghribi, tersergam indah sebuah hotel mewah yang kukuh bak sebuah kota kubu zaman dahulu. Ia dikenali sebagai Royal Mansour, dan terletak tidak jauh dari pusat bandar Marrakech.

Hotel serba mewah ini mengekalkan senibina dan seni reka yang penuh dengan unsur sejarah warga Arab Maghribi walaupun kini dilengkapi dengan kemudahan moden yang lain. Dan apa yang paling berbeza tentang Royal Mansour berbanding dengan hotel-hotel mewah lima bintang yang lain, hotel ini tidak menawarkan bilik atau suite tetapi Riad peribadi buat kesemua tetamunya!

Royal Mansour - Premier - Riad

Hikayat Seribu Satu Malam di Royal Mansour, Marrakech

[dropcap]R[/dropcap]iad merupakan sebuah rumah agam mewah yang dibina dalam kawasan tugu dan mempunyai beberapa tingkat. Di Royal Mansour terdapat 53 buah riad peribadi dan setiap riad peribadi mempunyai tiga tingkat dengan ruang tamu, bilik tidur dan juga kolam renang peribadi di tingkat paling atas di bumbung. Benar-benar seperti kisah seribu satu malam, setiap hari di situ tamu dilayan bak raja dan ratu. Setiap ceruk digubah indah dan perkhidmatan pekerjanya bertaraf antarabangsa.

Selain itu terdapat juga kolam renang dalaman yang luas, sebuah gimnasium yang serba lengkap, dan spa, khas buat kegunaan para tamu. Bagi tujuan menjamu selera para pengunjung, ada banyak tempat makan eksklusif berkonsep ‘fine dining’ seperti La Grand Table Marocaine, untuk sajian asli Maghribi serta la Grande Table Francaise untuk hidangan barat.

Kedua-dua tempat makan ini menyajikan pilihan hidangan tempatan serta antarabangsa yang paling enak, menepati kedudukannya sebagai sebuah hotel antarabangsa bertaraf lima bintang. Terdapat juga restoran buat sarapan iaitu La Table, serta ruang minuman untuk bersantai iaitu sebuah bar dan ‘salon’ tetamu.

Dihiasi dengan kawasan taman yang lapang dan indah, kesemua bangunan-bangunan di sekitar kawasan hotel ini persis rumah-rumah agam di medina atau kota dalam bahasa Arab. Ini juga masih kelihatan dalam senireka dalaman setiap bilik yang sangat ekslusif dan mewah.

Keanggunan setiap bilik dengan gaya perabot yang digunakan pada zaman dahulu membuat anda berasa seolah-olah anda kembali ke masa silam dan hidup di dalam buku-buku dongeng hikayat seribu satu malam. Ia juga dilengkapi dengan dewan-dewan besar dan ruangan-ruangan khas untuk aktiviti mesyuarat, seminar serta macam-macam lagi. Ini diserikan lagi dengan senireka lanskap taman-taman kawasan hotel.

Jadi sekiranya anda menyenangi penginapan yang mewah serta berkelas tinggi dan masih kaya dengan nilai-nilai sejarah tersendiri, singgahlah untuk bermalam di Royal Mansour di Marrakech.

Pengalaman bermalam di sini sahaja sudah seperti mengunjung sebuah tapak bersejarah atau sebuah rumah agam zaman Arab purba. Selain lokasinya yang sangat strategik, berdekatan dengan kebanyakan kawasan tumpuan dan pusat perniagaan kota Marrakech, ia juga menawarkan perkhidmatan terunggul masa kini!

Medina 1

Riad Privilege

Royal Mansour - Indoor - Pool

Royal Mansour Marrakech

Royal Mansour - Lobby

Hikayat Seribu Satu Malam di Royal Mansour, Marrakech
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Nora Ariffin Nyanyi Lagu MENYEMAI CINTA BERSAMAMU

Gajet Hantaran Perkahwinan Pilihan Sam Shaheizy & Syatilla