in ,

Nenek Caprice Meninggal Dunia, Terkilan Tidak Dapat Tunaikan Hasrat Bawa Balik Jodoh & Anak

Satu demi satu ujian hidup yang menghujani Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli sejak kebelakangan ini kerap menjadi sorotan media. Terkini, Ariz sedih dan terkilan kerana mendapat tahu neneknya telah meninggal dunia.

Hari ini, dia berkongsi khabar duka memaklumkan neneknya telah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

Bagaimanapun, pemilik nama penuh Ariz Ramli tidak berkongsi lanjut mengenai punca kematian neneknya itu.

Dalam kapsyen yang ditinggalkan beserta gambar dan video pertemuan dengan neneknya sebelum ini, influencer berkenaan memaklumkan yang hajatnya untuk mengotakan impian membawa nenek tinggal bersama ibu bapanya di Kuala Lumpur tidak kesampaian.

Dia juga memberitahu gagal membawa ‘jodoh’ dan anak-anaknya berjumpa dengan nenek sebelum warga emas itu menutup mata sedangkan dia pernah berjanji tentang perkara itu.

CAPRICE

“Pagi tadi semasa solat Subuh saya dikhabarkan berita kehilangan nenek. Impian dan janji saya untuk membawanya menetap di bersama ibu bapa saya di Kuala Lumpur juga musnah.

“Saya juga tidak dapat melunaskan janji untuk membawa pulang pasangan hidup dan cucu untuknya,” katanya dalam satu entri Instagram hari ini.

Ujarnya yang juga seorang aktivis terkenal, dia mengakui sangat kecewa kerana tidak berjaya untuk merealisasikan semua janjinya itu.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat menyempurnakan janji dan berada bersama dengan nenek ketika ini,” katanya.

Caprice dalam pada itu dihujani ucapan takziah dari netizen. Tidak ketinggalan menyampaikan ucapan takziah adalah rakan selebriti antaranya pelakon Zarina Zainuddin, pengacara dan aktivis, Mizz Nina dan pelakon, Nadia Brian.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan salam takziah buat Caprice.

Mereka juga mendoakan agar allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan berharap agar keluarga yang ditinggalkan terus bersabar atas ujian tersebut.

Untuk rekod, Caprice telah berangkat ke Palestine pada 24 Jun lalu melaporkan Caprice berangkat ke Mesir bagi menjayakan Misi Kemanusiaan Untuk Palestin (HM4P), hasil gabungan 16 ahli diketuai Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) iaitu Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sehingga kini, dia masih berada di Kaherah, Mesir bagi meneruskan misi kemanusiaan dan jihad walaupun secara seorang diri.-

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Mirip Ustaz Ebit Lew Tersebar, Siapakah Yang Mahu Menjatuhkan Reputasi Beliau?

Ikhwan Rosli Cungkil Rahsia Kejayaan Artis Dalam Bidang Perniagaan