in

Video Lirik Lagu Sabarlah Hati Elly Mazlein

”SABARLAH HATI” BUAH TANGAN TERBARU ELLY MAZLEIN

Elly Mazlein merupakan permata seni yang tidak perlu diperkenalkan lagi di dalam industri muzik tanah air. Semalam, Budiey ada menonton Di Sebalik Tabir Awan Dania The Movie, Elly Mazlein turut berlakon, agak unik dan berkarakter lakonannya. Walaupun berlakon, Elly Mazlein tidak mahu tenggelam dalam dunia nyanyian dengan melancarkan sebuah single berjudul Sabarlah Hati. Budiey dah banyak kali mendengar lagu ini di corong radio. Memang sesuai sangat dengan suara Elly yang gemersik tu.

Pelancaran album sulung yang berjudul “Sutera Kasih” pada tahun 1997 merupakan titik tolak bermulanya perjalanan karier seni Elly Mazlein sebagai seorang artis.

Elly Mazlein

Pernah merakamkan empat buah album solo dan muncul dengan beberapa single hit seperti “Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan”, “Janji Kekasih” dan “Bungaku Bakawali” berjaya meledakkan nama Elly Mazlein pada tahap yang tersendiri di dalam industri seni tanah air.

[pullquote align=”right”]Lagu Sabarlah Hati memang sesuai dengan gaya lenggok vokal dan suara gemersik Elly Mazlein[/pullquote]

Tahun 2013 adalah satu permulaan baru dan bermakna buat Elly Mazlein apabila sekali lagi tampil dengan single terbaru berjudul “Sabarlah Hati”. (Kali terakhir muncul bersama single berjudul “Atas Nama Cinta” pada tahun 2005)

Beliau turut memberi sepenuh kepercayaan kepada KRU Music (syarikat rakaman gergasi di dalam industri muzik tanah air) untuk merancang strategi permasaran dan promosi.

“Sabarlah Hati” merupakan sebuah single berkonsepkan balada yang mendapat sentuhan berbisa Manusia Putih (komposer dan penulis lirik terkenal tanah air).

Merasa selesa dengan cinta yang ada bukan jaminan untuk sekali lagi terluka, namun harapan untuk menemui cinta sejati tidak akan berakhir. Berbekalkan lirik yang mendalam dan irama yang menyentuh hati, segala yang tersirat berjaya diekspresikan di dalam “Sabarlah Hati”.

“Elly berasa teruja dapat bersama KRU Music dalam mempromosikan single terbaru dan sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada KRU Music”, ujar Elly Mazlein.

KRU Music yakin kemunculan Elly Mazlein menerusi “Sabarlah Hati” mampu mengangkat karier seni beliau ke satu tahap yang lebih tinggi sekaligus menarik minat segenap penggemar muzik balada tanah air.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook ELLY Mazlein di www.facebook.com/pages/ELLYMazlein

You Tube Sabarlah Hati. serta layari iTune dan langgani single “Sabarlah Hati”.

Elly MazleinElly Mazlein

Elly Mazlein

Elly Mazlein

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kisah Cinta Rozita Che Wan Dalam Slot Cindai

Interview with Korean Girl Group 4minute Samsung La’Fleur Collection